Bukan sahaja suami malahan satu keluarga meragam dam buat hal bila isteri hamil. Mana tidaknya mereka semua turut menanggung alahan. Dah di penghujung ni... lagi kesian kat anak yang kecil nak dukung pun dah tak larat.
Kalau kat ayahnye lagi le kesian... saban hari dok mengadu lenguh pinggang rasa macam nak tercabut, lenguh kaki, loya nak muntah (aih... tak habis lagi?), nak demam le macam-macam. Bila pi klinik, buat pemeriksaan doktor kata okey jer. tekanan darah okey... semua okeh... doktor memahaminya... kesian kan encik suami. Memang begitulah lazimnya. Selalunya dah dekat-dekat sambil tunggu hari ni, lagi kuat ragamnya. Nak simpati ker nak kata ' rasakan'? Heeeiii.... tak patut. Memang simpati tetapi dah nak terkena kat dia macam mana nak kita nak ambil. Biasanya bila dah bersalin esok esok sihat lah dia... bak orang Perak kata 'mengoncah' le... boleh le bergaya semula.
Teringat dulu encik suami memang tak suka makan asam, tetapi sekarang dia pulak yang lebih siap beli buat stok lagi.
Teringat dulu encik suami memang tak suka makan asam, tetapi sekarang dia pulak yang lebih siap beli buat stok lagi.
Itu baru sebahagian dari cerita encik suami, belum lagi cerita bab anak-anak yang dok asyik meragam jer... pening kepala... sabor jer...
'suka duka pentas dunia'
satu famili, kali pertama dengar. mudahan banyak bersabor...heeee
BalasPadamanak-anak tu memang dah biasa lah dengan ragamnya tak pernah lepas.. ada saja... tapi tak derlah sampai menyusahkan... ala budak2
BalasPadamhai en ahmad kamal pun makan asam? hehe
BalasPadamso what?
BalasPadammemang le... kalo kena kat kome baru kome tahu... hehehe
eh... nama mana?