Pengikut Setia

22 September 2011

22 September | Hari Tanpa Kereta Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia semoga anda semua sihat.  (Skema jer!!!)



22 September adalah Hari Tanpa Kereta Sedunia.  Oleh kerana dunia sekarang dan penuh sesak dengan kereta dan adakalanya sukar untuk mendapatkan tempat untuk letak kenderaan.  Kemungkinan program ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Ipoh atau juga Kota Bharu.  Itulah adalah antara bandar-bandar di Malaysia tidak termasuk bandar-bandar besar di seluruh dunia seperti Taiwan, Kota Jakarta, New York atau kota London. 

Kempen ini memanglah amat baik, namun agak sukar mendapatkan maklumat mengenai kempen ini.  Secara kebetulan tengahari tadi "terlihat" berita di TV3 mengenai kempen yang dilakukan oleh pihak KTMB dan terbaca berita semalam di Utusan Malaysia Online mengenai program yang dilakukan oleh Syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) pada 21 September 2011.  Rapid Penang Sdn Berhad telah mengedarkan sebanyak 500 tiket bas percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Tanpa Kereta Sedunia.  


Semoga kempen yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan mampu memberi kesan positif terhadap pencemaran alam sekitar sekali gus menyumbang kepada suasana dan udara yang segar.

Sekian.  Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Yang baik di sebalik hati nurani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tanpa kita sedari sebenarnya banyak perkara atau kejadian yang baik di setiap kejadian.  Dengan itu dalam ketika hendak berbicara berhati-hatilah.

Justeru itu, buat sementara waktu hayati dulu petikan maksud hadis yang tertera:
Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri. (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat. 

Sekian.

*.*




,

21 September 2011

Akan tutup dan tidak akan buat lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Akan tutup dan tidak akan buat lagi!  Bunyi ayat tu macam merajuk atau bunyi macam satu perjanjian.  Jika merajuk mengapa dan jika berjanji untuk apa pula?

Nak kata merajuk tak juga tapi macam segan dan malu pula... bila buat sesuatu tiada sambutan, nak buat rumah terbuka tak sempat, nak buat gathering dengan kawan-kawan sekolah rendah pun tak sempat.

Nak cerita macam mana kalau dah tak pandai nak cerita. 

So moral of the story...
  1. tak perlulah susah-susahkan diri untuk membuat sesuatu yang bukan diluar bidang kepakaran atau bukan kepandaianpun.  Bukan sahaja tak pakar tapi tak pandai pun saja jer nak pandai-pandai dan tunjuk pandai.
  2. kalaupun tak pandai dan tiada sambutan tidak semestinya merajuk dan terus tutup tetapi harus juga bersabar dan bertahan seperti yang dijanjikan.
Tetapi!!!
Kalau dah janji nak tutup aurat seperti pakai tudung, pakai baju labuh atau pakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata teruskanlah niat murni itu... jangan pula diulang lagi perbuatan lama...

Sekianlah dulu... malas nak cerita panjang-panjang... kalau ada masa dan ada idea nanti tulis.  Cuma sekarang ni dok sibuk cari bahan untuk tugasa individu dan tugasan kumpulan. Idea nak menulis entry dalam blog tu memang ada tapi tak dapat nak perah sangat sebab dok jammed dengan nota dan ceramah...

Wei... kami kat kursus Induksi ni...pandai jer curi masa nak buat entry yer...

*.*

Carian