Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Balik Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balik Kampung. Papar semua catatan

20 Julai 2020

Balik Kampung Tanpa Gambar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Balik Kampung Tanpa Gambar


Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup pada hari ini.  Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat kita sekeluarga.




#sajanakjadicerita atau #sajanakbagitau hari Ahad semalam berkesempatan balik kampong setelah hampir 5 bulan tak balik lantaran PKP dan seribu jenis alasan lagi.  Balik kampung suami di Lekir.  Yang ada di sana hanya rumah pusaka.

Kami balik pun tak lama, sekadar berjumpa dengan makcik dan melihat sekitar rumah yang lama ditinggalkan.  Terasa sungguh sayu bila rumah ini lama tidak dijenguk.

Lagi terasa sayu apabila tidak sempat merakam hatta sekeping gambar pun ketika berada di sana.  Nak kata sibuk tak juga, anak-anak dah besar... masing-masing sementara menunggu opah balik melayan mainan yang dibawa, sebelum tu mereka meninjau kawasan sekitar rumah... dah penuh semak ada juga sedikit kawasan yang telah ditebas mungkin awal tadi sebelum ketibaan kami.  Inas melawat anak pokok nangka yang ditanam entah berapa lama tak ingat pulak.  Umi pula menyapu dalam rumah rasa tak selesa juga walaupun tak duduk lama tetapi pantang nampak habuk atas lantai.  Anak lelaki yang sorang tu dok sibuk melayan gajet... rasa nak ambil simpan.  Tapi tak salah dia pun, di rumah tu dah tiada tv, radio pun radio lama.  Tiada siapa yang nak dia layan.  Kalau ada arwah atok mungkin juga dia layan atok bersembang, paling tidak tengok atok mengaji.

Sejurus opah balik dari mengajar, baru lah kami berkumpul makan tembikai dan pisang goreng yang dibeli di Batu 7.  Tempat biasa.  Bersembang pun tak banyak... berkisar PKP dan kondisi rumah.  Selesai makan kami pun beransur... meninggalkan opah yang sendirian selepas ini akan terus ke 'pondok' meneruskan aktivitinya di sana bersama sahabat2 pondok.  Kami tak pernah sampai lagi ke pondok opah.  Di sana opah ada ramai kawan, dapatlah melepaskan kesunyiannya.

Kami pulang ke sarang.  Dalam perjalanan pulang seperti biasa mesti singgah di Pekan Lumut.  Hasrat hati nak ke Teluk Batik... sesak pulak jalannya, masa ada keramaian saja nampaknya.  Di Pekan Lumut kenderaan dan orang ramai pun tak kurang juga banyaknya.  Tak berhenti... lalu saja.  Nak singgah makan tak berani dalam suasana yang tak berapa stabil, orang pula ramai.

Balik makan jua di tempat biasa yang lebih selesa.

Sayang sungguh tiada cerita bergambar kerana Balik Kampung Tanpa Gambar

.

Carian