Disember 2014
Pejam celik, pejam celik... dah masuk Disember 2014. Terasa seperti hari yang dilalui terlalu pantas. Terasa seperti azam yang dibina pada awal Januari belum lagi terlaksana sepenuhnya. Ada juga azam yang terpaksa dibubarkan dan dibangunkan semula selaras dengan perkembangan semasa, agar rentak hidup ini tidak terlalu rigid...dan menyesakkan.
Dan isu ini sudah pasti akan dikaitkan dengan isu Kiamat sudah hampir. Hmm.... saya bukanlah seorang yang arif untuk membicarakan isu Kiamat. Apa yang pasti Kiamat itu pasti tiba...bersediakah kita? Jawablah sendiri.
Disember 2014... walaupun baru permulaan hari, tetapi agenda untuk sebulan ini sudahpun penuh dan hampir muak rasanya melihat agenda yang kadang-kadang terpaksa dibubarkan dan dibuat semula.... itulah lumrah.
Kita mampu merancang dan yang menjadikan ianya terlaksana dengan baik atas doa dan usaha kita serta dengan kehendak Yang Maha Esa. Kenyataan itul tidak boleh lari. Kita harus terima dengan hari yang terbuka dan menerima segala ketentuan dariNya.
Semoga Disember 2014 ini menjanjikan kebahagiaan dan kesudahan yang baik dalam setiap detik dan langkah kehidupan kita.
Jangan ditanya mengapa Disember bukan bulan lain? Kerana jawapan itu pastinya berbeza mengiut kefahaman dan penerimaan masing-masing yang ada pada setiap dari kita.
Sekian. Terima kasih atas perhatian semua.
Singgah tinggal jejak..Singgah sebelum.. Kiamat yang pasti.
BalasPadam