Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bila dah biasa sangat kutuk-kutuk orang
dok kutuk dan kata kawan-kawan ler...
hingga terlupa dan terbawa-bawa dan dah tak ingat dunia pulak
Kenapa lah sampai sanggup memalukan mak bapak dan keluarga
itukah yang diajar oleh ibu bapa atau cikgu di sekolah
sesekali meluahkan rasa tak puas hati taklah menjadi salah
tetapi biarlah berpada
jangan kerana nak dapatkan publisiti
sanggup menggadai maruah diri dan keluarga
akhirnya siapa yang malu?
Sendiri jawablah!
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
11 Julai 2011
Babak: AKTIVITI KU DI PEJABAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hah!... tersentap jap. Sabtu semalam dah la separuh demam buat pasal dengan Mak Dara dengan segmen aktiviti di rumah. Penat beraktiviti dengan anak2 kat rumah tak habis lagi. Tiba-tiba ada aktiviti baru pulak di pejabat. Huhuhu...
Okey, oleh kerana hari ini Isnin aye tak ada di pejabat out-station ke InED Shah Alam. Ada urusan modul untuk student ePJJ. Kesian depa dah masuk bulan ke dua, kelas berjalan tanpa modul. Tapi yang penting semangat mesti kuat dan teruskan pembelajaran. Syabas!
Sementara itu, layanlah dulu antara aktiviti aye dalam perjalanan ke InED Shah Alam...hehehe
Agak-agak lah sesuai tak gambar kat atas tu menggambarkan aktiviti aye di pejabat untuk hari ni...
Sekian adanya.
p/s: entry ni auto publish... buat siap-siap.. sebelum pergi ke Shah Alam. Of course lah gambar tu yang real punya, aye tangkap tak berapa lama dulu dalam perjalanan ke Shah Alam juga. :-)
Kalau ada apa yang tak kena balik nanti aye betulkan yerk...
Update:
Dah tukar tajuk... gara-gara auto publish, pandai-pandai jer buat tajuk sendiri... heheh
Perjuangan dalam perhimpunan | Mujahidah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebuah perjuangan dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011. Sesuatu yang sesekali bila lihat dalam TV timbul satu perasaan untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Berkobar-kobar timbul dalam diri.
Namun sebagai seorang ibu dan isteri serta seorang anak, timbul juga rasa terkejut dan terkilan bila terlihat sekelompok 'mujahidah' Islam turut bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. Bukan tidak setuju dengan perngorbanan dan niat murni mereka untuk bersama-sama 'berjihad'. Tetapi timbul pula dalam hatikecil ini berbaloikah itu semua. Berhimpun dalam suatu kawasan yang penuh sesak dengan lelaki. Memang tak suka!
Pada pandangan saya berjihad itu memanglah sesuatu yang dituntut. Tetapi sebagai seorang wanita tidak perlu rasanya berkumpul dan berhimpit-himpit dengan lelaki. Tentu ada cara lain untuk bejihad memperjuangkan Islam. Sebagai Mujahidah, untuk berjihad di jalan Allah, banyak tempat dan masa lain yang lebih sesuai untuk kita.
Sebagai kesimpulan mungkin juga mereka yang terlibat ini sebahagiannya tidak mengetahui tujuan perhimpunan itu atau sekadar suka-suka dan ikut-ikutan rakan-rakan yang sama-sama tidak tahu punca dan tujuan.
Sekadar pandangan dari pemikiran yang cetek. Sekiranya ada pihak yang tersinggung mohon maaf atas segala kekhilafan.

"Tidak ada sesuatu yang lebih sulit untuk aku hadapi daripada diriku (hawa nafsuku) sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu dia berhasil mengalahkanku."(Sufyan ats-Tsauri)
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA