Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersih. Papar semua catatan

11 Julai 2011

Perjuangan dalam perhimpunan | Mujahidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebuah perjuangan dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011.  Sesuatu yang sesekali bila lihat dalam TV timbul satu perasaan untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa.  Berkobar-kobar timbul dalam diri. 

Namun sebagai seorang ibu dan isteri serta seorang anak, timbul juga rasa terkejut dan terkilan bila terlihat sekelompok 'mujahidah' Islam turut bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. Bukan tidak setuju dengan perngorbanan dan niat murni mereka untuk bersama-sama 'berjihad'.  Tetapi timbul pula dalam hatikecil ini berbaloikah itu semua.  Berhimpun dalam suatu kawasan yang penuh sesak dengan lelaki.  Memang tak suka!

Pada pandangan saya berjihad itu memanglah sesuatu yang dituntut.  Tetapi sebagai seorang wanita tidak perlu rasanya berkumpul dan berhimpit-himpit dengan lelaki.  Tentu ada cara lain untuk bejihad memperjuangkan Islam.  Sebagai Mujahidah, untuk berjihad di jalan Allah, banyak tempat dan masa lain yang lebih sesuai untuk kita. 
Sebagai kesimpulan mungkin juga mereka yang terlibat ini sebahagiannya tidak mengetahui tujuan perhimpunan itu atau sekadar suka-suka dan ikut-ikutan rakan-rakan yang sama-sama tidak tahu punca dan tujuan.

Sekadar pandangan dari pemikiran yang cetek.  Sekiranya ada pihak yang tersinggung mohon maaf atas segala kekhilafan.

"Tidak ada sesuatu yang lebih sulit untuk aku hadapi daripada diriku (hawa nafsuku) sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu dia berhasil mengalahkanku."(Sufyan ats-Tsauri)

09 Julai 2011

9 Julai 2011 | Aktiviti Bersih halaman rumah dan Exora bersama keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahter,




Entahlah... tiba-tiba rasa nak buat catatan pasal aktiviti pembersihan rumah pulak.  Macam lah sebelum ni tak pernah bersihkan rumah atau tak pernah basuh Exora. 

Okeylah ini sebenarnya baru perancangan aktiviti hujung minggu, kebetulan umi dengan ayahnya tak kena kerja so, nak ajak alif, diena dan inas... eh inas mana boleh... basuh kereta... agak-agak menjadi tak?  Jangan-jangan nanti depa yang dok main air... jenuh pulak nak bersihkan badan...

Okeh kalau jadi aktiviti seperti yang telah dirancang... aye letak picture kat sini eh..

sekian, selamat membersihkan rumah dan kawasan sekitar...

Bersih itu sebahagian daripada Iman!

Carian