Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Seluar batik pakaian santai
Sengaja nak melihat kelainan pada pakaian anak-anak.
Selalu pakai seluar baju beli. Kali ini giliran umi pula nak tunjuk skill menjahit seluar batik. :P
Bukan tidak sayang kain batik baru beli tetapi kalau beli tak pakai-pakai nanti reput sebab simpan. Kebetulan pula ada kain batik satu ni dah lama sangat simpan ... jadi sebelum ia mereput baik digunakan sehingga reput.
Seluar batik amatlah sesuai untuk anak kecil tidak kira anak lelaki atau perempuan. Dah berjaya siapkan satu untuk anak perempuan... tak nak pakai pulak. Buat satu lagi untuk adik lelakinya... okey suka sangat sampai tak mahu bergambar. Nampak ayah terlompat-lompat nak ikut.
owhhh ala.... dok muting lagi... sudah-sudah la tu Abid.
Nampak sangat lah kan umi ni suka paksa anak-anak bergambar... sampai patah pembaris panjang. Itu kerja si Abid.
Kakak-kakak sekelian maaf yer umi nak tangkap gambar Abid saja. Korang jangan nak menyibuk. Bila umi dah siapkan korang punya seluar batik nanti baru boleh bergambar ramai-ramai.
Pada asalnya nak buat seluar pelikat untuk anak lelaki dan seluar batik untuk anak perempuan. Tetapi budak-budak kan.... pakai batik atau pelikat mana-mana pun cantik dan segak bergaya.
Tunggu lah kalau ayah beli kain pelikat murah sikit boleh buat seluar pelikat :P
Kalau nak buat seluar pelikat dari kain pelikat cap Mangga atau Gajah Duduk... huihh... mahal tu.
Budak-budak cepat membesar... buat apa beli mahal-mahal nanti membazir saja.
Seluar batik sesuai juga untuk pakai di hari raya kan?
:P