Pengikut Setia

01 April 2014

Biarlah rahsia itu hanya aku yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Biarlah rahsia itu hanya aku yang tahu.  Aku tahu rahsia itu bukan untuk dihebahkan atau dijadikan bahan cerita.  Tetapi adakah aku bersalah sekiranya rahsia itu dijadikan sebagai contoh dalam cerita?

Kita seringkali berhadapan dengan situasi di mana kita terpaksa menyimpan sesuatu rahsia orang lain.  Dan sudah tentu rahsia itu menjadi sebahagian daripada amanah untuk dijaga.


31 Mac 2014

Rangking Alexa 31.3.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah terlalu lama rasanya tidak buat entri mengenai ranking alexa.  Dan, pada tahun 2014, kali ini merupakan entri pertama dikeluarkan.  Aye berhasrat nak keluarkan entri berkenaan ranking alexa setiap bulan... mudah-mudahan berjaya dan dipermudahkan.


Global Rank:  302,397
Rank in Malaysia:  2,265

Sumber :  SINI


Melihatkan kepada angka yang tertera memang cantik dengan nombor yang besar dan bilangan yang banyak.  Tetapi ia bukanlah sesuatu yang elok untuk blog ini.  Kerana semakin rendah angka yang tertera menunjukkan semakin baik blog itu.  

Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan rank blog ini.  Aye perlu rajin kemaskini blog dan yang penting bukan sekadar kemaskin tetapi hendaklah diikuti dengan cerita yang bernas dan menarik bukan entri 'copy paste'.  Selain dari itu yang pastinya aye perlu rajin blogwalking dan meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai PR tinggi....

Agaknya kalau nak turunkan rank di Malaysia ke 2,000 bilalah boleh tercapai...


suka duka pentas dunia

#doauntukMH370



$$$

Carian