Pengikut Setia

01 April 2014

Biarlah rahsia itu hanya aku yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Biarlah rahsia itu hanya aku yang tahu.  Aku tahu rahsia itu bukan untuk dihebahkan atau dijadikan bahan cerita.  Tetapi adakah aku bersalah sekiranya rahsia itu dijadikan sebagai contoh dalam cerita?

Kita seringkali berhadapan dengan situasi di mana kita terpaksa menyimpan sesuatu rahsia orang lain.  Dan sudah tentu rahsia itu menjadi sebahagian daripada amanah untuk dijaga.


Tetapi dalam sesetengah kes kita akan berhadapan dengan sahabat yang bermasalah.  Tidaklah bermakna kita sendiri tiada masalah... tetapi kita menjadi insan terpilih untuk mengetahui masalah dan rahsia.

Imam asy-Syafi'i pernah menyatakan seperti berikut:
Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahsia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.(Imam asy-Syafi'i)

Sudah tentu kita tidak suka sesuatu rahsia yang kita simpan itu diketahui umum.  Apatah lagi ia mampu menyeret sama maruah yang kita pelihara.

Semoga kita mampu memberi nasihat dengan cara yang berhemah.  Bukan semata-mata kerana hendak menunjukkan kehebatan kita dalam sesuatu perkara.

In sya Allah apa yang kita ada, kita beri dan kita akan dapat semula.  Untuk mendapatkan kebaikan, carilah kebaikan dan berilah kebaikan kepada orang sekeliling kita.


suka duka pentas dunia

#MH370 dalam ingatan



$$$ 


10 ulasan:

  1. kalau boleh mendatang aib org biarlah rahsia.
    kalau boleh buat pedoman, boleh diceritakan..tetapi rahsiakan siapa dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup... kita simpan rahsia orang lain, Allah akan simpan rahsia kita juga

      Padam
  2. Assalamualaikum kak, susah nak cari orang yang amanah skrg... singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amanah datang dari hati sendiri...
      terima kasih sudi menabung di sini :D

      Padam
  3. betul tu...kadang2 rahsia biarlah rahsia...MH370 tetap dlm doa...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian