Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Seperti biasa lagi setiap hari Ahad adalah hari untuk mereka resepi istimewa untuk sarapan sekeluarga. Tidak seperti biasa minggu-minggu yang lepas di mana menu sarapan pagi adalah di luar rumah. Hari ini, ala-ala ibu mithali pagi-pagi lepas solat subuh dah mereka cipta menu untuk keluarga.
Teringat dalam peti ais masih ada baki sambal udang pemberian Kak Intan dari Sungal Galah. Sambal udang berkelapa bukan sambal tumis udang. Sambal udang berkenaan adalah untuk dibuat pulut udang. Nak buat apa dengan sambal tu. Oleh kerana beras pulut dah habis maka ingat nak buat roti jala tapi macam tak sesuai je dengan sambal udang. Nak buat lempeng tak kena juga. Ingat punyat ingat, fikir punya fikir terus terlintas nak buat ketayap. Tepung gandum pun ada lagi.
Apa lagi mulalah operasi membuat ketayap emas. Nama Ketayap Emas ni adalah bersempena dengan warnanya yang kekuningan. Teringat juga nak buat hijau, tapi tak berapa kena juga sebab kalau kulit hijau kena inti manis, disebabkan intinya pedas maka adalah molek kulitnya dikuningkan baru sesuai... andaian sendiri lah tu... tak pernah baca kat mana-mana pun peraturannya mesti begitu.
Resepinya memang mudah sangat pakai campak-campak bahan dalam besen kecil dan pakai agak-agak jer. Oleh kerana tidak mahu menghampakan pembaca maka aye catatkan di sini bahan dan kaedah membuat ketayap emas.
Bahan-bahan seperti tepung gandum dalam anggaran 1/2 kati, telur sebiji, satu sudu teh garam, serbuk kunyit, sedikit baking powder (tak taulah apa fungsinya, tapi menjadi juga) dan 1 jag air masak. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak masak agak-agak melekat pada kuali sudahlah. Ambil kira-kira setengah senduk adunan tepung tadi tuang ke atas kuali dan leperkan. Tak perlu kalih (terbalikkan). Angkat letak atas pinggan leper yang besar, letakkan sambal udang dan gulung.
Ketayap emas ini sedap juga dimakan waktu petang bersama secara kopi 'Che Nah'. Tidak sesuai dibuat berbuka puasa sebab pedas, nanti sakit perut pula.
Sekian adanya. Selamat menjamu selera di hujung minggu.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
30 Jun 2013
29 Jun 2013
Kisah semalam yang tertinggal
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hidup ini memang penuh dengan kejutan. Walaupun kita dah agak situasi itu akan berlaku. Tetapi kadang-kadang yang terjadi adalah sebaliknya dan tidak seperti yang kita sangka. Memang menjadi kejutan!. Sekali lagi dalam situasi yang lain pula, dia tidak begitu, corak dan cara percakapannya juga berbeza... kan manusia bisa berubah dengan kehendaknya sendiri hanya memerlukan masa. Kita sendiri tidak sempurna bagaimana pula kita hendak orang lain bersikap sempurna dengan kita.
Sebelum ini aye dikhabarkan mengenai peribadi si pulanah yang begitu dan begini. Bukan tidak mahu percaya tetapi perkhabaran itu aye jadikan sandaran bila mana aye berhadapan dengan si pulanah. Memang ternyata benar perkhabaran itu terjadi dan tidak sangka bila berhadapan dengan sikap si pulanah yang tidak profesional dalam suasana formal.
Puas aye memikirkan mengapa dia bersikap demikian. Kata orang dia dari dulu memang begitu, tak kira masa dan tempat nak tunjuk lagak dan kuasa cuma sesekali bila bersama dengan orang besar-besar sikapnya seperti tikus. Benarkah begitu? Cuba selidik mengapa dia bersikap begitu.
Aye berpendapat begini, sebagai seorang ketua yang memegang tampuk jawatan penting seseorang itu perlu bersikap tegas dan profesional. Namun ada kalanya sebagai ketua sikap cepat melenting di hadapan staf bawahan adalah tidak elok kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang ketua dalam masa yang sama staf bawahan akan lebih membenci bukan taat tetapi tak kuasa nak melayan kerenah bos yang tidak profesional langsung.
Seorang ketua pula sepatutnya perlu memahami kehendak dan keperluan staf bawahannya. Mengapa staf tidak mengikut arahan adakah kerana tidak pandai buat kerja atau tidak memahami arahan. Untuk itu staf yang tidak pandai buat kerja dihantar kursus dan diberi pendedahan. Bagi staf yang suka sangat buat tidak faham arahan ada baiknya diberi penjelasan dan keperluan tugasannya. Bukan dengan cara mengherdik atau meninggi suara.
Tidak semua orang suka berhadapan dengan orang lain (bos) yang suka meninggi suara. Adalah baik bos cakap dengan nada suara yang terkawal. Kerana jeritan bos yang marah pada stafnya sedikit sebanyak akan memberi kesan yang memalukan kepada staf. Paling tidak staf berkenaan akan membenci dan mencaci bos di belakang.
Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian kita akan sentiasa berhadapan dengan berbagai kerenah manusia. Ada yang baik dan berbudi bahasa, ada juga yang tidak ambil kisah dan tidak kurang juga manusia yang ambil kesempatan. Dalam berhadapan dengan semua itu, kita ambil jalan tengah dan positif iaitu kita dilahirkan oleh manusia bernama ibu yang berbeza, cara didikan dan alam pembesaran juga berbeza. Terimalah kekurangan atau kelebihan seseorang itu seadanya dan cuba memahami sikap manusia itu.
gambar hiasan. sumber dari sistem komputer ini |

Wasiat kepada anak-anak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
gambar hiasan |
Wahai anakku! Jagalah ucapanmu! Sesungguhnya diantara perkataan itu ada yang lebih tajam daripada sabetan pedang, lebih berat daripada batu besar, lebih pahit daripada empedu dan lebih dalam menusuk hati daripada tusukan jarum yang sangat halus sekalipun.
(Salah seorang ahli hikmah berwasiat kepada salah seorang anaknya)
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA