Pengikut Setia

21 November 2012

Kerasnya hati mereka

As salam,
 
 
 
Pada dasarnya sekali lihat, semua orang pun akan mengatakan bahawa mereka ini berhati batu atau keras hati.
 
Manakan tidak keras hati:-
Pertama:  mereka sanggup memberi suntikan kepada bayi yang baru lahir. 
Kedua:  Mereka tegar berjaga malam menjaga dan memantau keadaan bayi yang diletakkan di bawah jagaan mereka... mengikut kategori kesihatan bayi.
Ketiga:  Mereka dengan selamba mendengar tangisan bayi dan kelihatan tidak berbuat apa-apa.
Keempat:  mereka juga tegar meninggalkan keluarga untuk bertugas pada waktu malam.
 
Namun, disebalik kerasnya hati mereka itu tahukah kita mengapa mereka jadi begitu:
Kerana mereka telah dididik untuk menjalankan tugas dan itulah tugas mereka serta mereka tahu apa yang mereka buat adalah untuk kebaikan dan kesihatan pesakit mereka tak kira bayi atau orang tua.
Semoga apa yang mereka belajar dan laksanakan bukanlah semata-mata kerana pekerjaan mereka tetapi juga kerana sifat kemanusiaan dan kasih sayang.
 
Hanya segelintir dari mereka yang seringkali memberikan imej yang buruk dan memberikan pandangan yang serong.  Iaitu:
1.  percakapan mereka seperti bercakap dengan pesakit seolah pesakit itu tiada perasaan.
2.  layanan mereka terhadap pesakit sepertinya pesakit itu tidak sakit - bukan manja tetapi berilah sedikit perhatian.
3.  Kedekut dengan senyuman.  Dah lah bercakap dengan nada yang tidak sesuai senyum pun tak nak. 
  
 Layan sekejap apa ubat yang sesuai untuk hati;-
 
Sekian.
 
.

20 November 2012

Antara Suka dan Benci

As salam,


Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.
(Abu Hazim)

19 November 2012

Terdera secara mental dan fizikal

As salam,


Ada ketika sesuatu teguran mampu memberikan deraan secara mental dan fizikal walaupun pada masa yang lain sebenarnya ia sedikitpun tidak memberikan kesan secara langsung kepada kita... Ini adalah kerana keadaan emosi kita tidak selamanya sama dan adakalanya tahap hormon serta jenis hormon yang berlegar dalam badan kita juga tidak sama.

Sebagai contoh, seorang wanita atau lebih tepat lagi seorang ibu yang baru lepas bersalin akan berhadapan dengan situasi dimana hormon 'meroyan' berada di tahap yang tinggi.  Sedikit saja teguran atau situasi mampu menyentuh perasaan walaupun tidak semua ibu mengalaminya... kerana ada sesetengahnya mempunyai daya tahan dan kekuatan emosi yang tinggi.

Deraan secara mental
Kempen susu ibu bukan sesuatu yang baru dan merupakan kempen yang amat baik terutama kepada ibu dan bayi.  Secara dasarnya kempen ini mampu menarik lebih ramai kaum ibu untuk memberi susu ibu kepada bayinya secara aktif.

Namun, tidak semua ibu bernasih baik.  Yangbaik bukanlah penentang kepada kempen ini tetapi Yangbaik terpaksa menerima hakikat bahawa Yangbaik tidak termasuk dalam golongan ini.  Secara mental memang didera walaupun tidak langsung kerana setiap dari kita mempunyai sebab dan alasan tersendiri atas apa yang terjadi.

Bukan tidak berusaha tetapi itu semua sudah suratan.  Dengan berbagai alatan telah dicuba tidak kurang juga ubatan untuk menambah susu ibu... namun itu semua tidak mendatangkan hasil yang memuaskan seperti yang dikehendaki oleh kempen itu.  Tidak ketinggalan juga sokongan suami tercinta dengan menyediakan segala keperluan ke arah itu...

Doktor juga Jururawat telah memberikan kata-kata motivasi yang meminta berfikiran positif dan memikirkan kehendak untuk menyusukan bayi.  Tetapi pernahkah doktor atau jururawat berfikiran positif bahawa tidak semua orang mempunyai nasib yang sama.

Deraan secara fizikal
Diri ini rasa terdera secara fizikal apabila diminta menunjukkan cara menyusukan bayi dengan betul... wal hal ini dah masuk anak ke-4...
Mengapa mereka tidak percaya...
Bagaimana jika mereka sendiri berada di tempat ini...
Bersediakan mereka menerimanya?


Kesimpulan
Kita seharusnya menerima kekurangan diri ini dan dalam masa yang sama tidak mengurangkan usaha walau sedikitpun untuk berhadapan dengan situasi ini.  Dalam masa yang sama membina kekuatan semangat dan motivasi diri untuk berhadapan dengan deraan yang tidak mengenal masa.

Sekian.

Carian