Ada ketika sesuatu teguran mampu memberikan deraan secara mental dan fizikal walaupun pada masa yang lain sebenarnya ia sedikitpun tidak memberikan kesan secara langsung kepada kita... Ini adalah kerana keadaan emosi kita tidak selamanya sama dan adakalanya tahap hormon serta jenis hormon yang berlegar dalam badan kita juga tidak sama.
Sebagai contoh, seorang wanita atau lebih tepat lagi seorang ibu yang baru lepas bersalin akan berhadapan dengan situasi dimana hormon 'meroyan' berada di tahap yang tinggi. Sedikit saja teguran atau situasi mampu menyentuh perasaan walaupun tidak semua ibu mengalaminya... kerana ada sesetengahnya mempunyai daya tahan dan kekuatan emosi yang tinggi.
Deraan secara mental
Kempen susu ibu bukan sesuatu yang baru dan merupakan kempen yang amat baik terutama kepada ibu dan bayi. Secara dasarnya kempen ini mampu menarik lebih ramai kaum ibu untuk memberi susu ibu kepada bayinya secara aktif.
Namun, tidak semua ibu bernasih baik. Yangbaik bukanlah penentang kepada kempen ini tetapi Yangbaik terpaksa menerima hakikat bahawa Yangbaik tidak termasuk dalam golongan ini. Secara mental memang didera walaupun tidak langsung kerana setiap dari kita mempunyai sebab dan alasan tersendiri atas apa yang terjadi.
Bukan tidak berusaha tetapi itu semua sudah suratan. Dengan berbagai alatan telah dicuba tidak kurang juga ubatan untuk menambah susu ibu... namun itu semua tidak mendatangkan hasil yang memuaskan seperti yang dikehendaki oleh kempen itu. Tidak ketinggalan juga sokongan suami tercinta dengan menyediakan segala keperluan ke arah itu...
Doktor juga Jururawat telah memberikan kata-kata motivasi yang meminta berfikiran positif dan memikirkan kehendak untuk menyusukan bayi. Tetapi pernahkah doktor atau jururawat berfikiran positif bahawa tidak semua orang mempunyai nasib yang sama.
Deraan secara fizikal
Diri ini rasa terdera secara fizikal apabila diminta menunjukkan cara menyusukan bayi dengan betul... wal hal ini dah masuk anak ke-4...
Mengapa mereka tidak percaya...
Bagaimana jika mereka sendiri berada di tempat ini...
Bersediakan mereka menerimanya?
Kesimpulan
Kita seharusnya menerima kekurangan diri ini dan dalam masa yang sama tidak mengurangkan usaha walau sedikitpun untuk berhadapan dengan situasi ini. Dalam masa yang sama membina kekuatan semangat dan motivasi diri untuk berhadapan dengan deraan yang tidak mengenal masa.
Sekian.