As salam
Ibu
Ramadan ini sudahpun di penghujung
Namun kasihmu ibu tiada penghujung
Sentiasa mekar di hatiku
Anakmu yang sentiasa dahagakan kasihmu
Ibu
Biarpun Nokia Lumia900 itu bernilai tinggi
Namun tidak setinggi nilai kasih sayangmu
Kasih sayangmu sungguh bernilai tinggi tiada bandingannya
Sukar untuk digantikan dengan nilai wang ringgit mahupun intan berlian bergunung tinggi
Ibu
Tiada kata-kata mampu diucapkan
Bagi menggambarkan perasaan anakmu
Perasaan yang tidak menentu menjelangnya Aidilfitri
Ibu
Biar sejauhmanapun anakmu berada
Ibu pasti sentiasa doakan kesejahteraan anakmu ini
Namun ibu, anakmu ni kadang-kadang alpa dan terlupa
terleka dengan keenakan dunia
Maafkan anakmu ini
Ibu
Izinkan anakmu ini sekali lagi memohon restu dan redamu
Semoga kehidupan anakmu ini sentiasa diberkati Ilahi
Biarpun malu namun anakmu tahu
Ibu tidak akan pernah membiarkan anakmu hidup dalam kesukaran
Ibu
Kepayahan anakmu ini tidak sama dengan kepayahanmu
Menanggung hidup kami anak-anakmu
Mendidik dan mengasuh kami
Biarpun sesekali anakmu ini nakal lagi tidak mendengar kata
Kesabaranmu menyedarkan kami
Ibu
Realiti hidup di alam dewasa kini
Terasa amat sukar untuk dilalui
Namun kaulah penguat semangat kami
dikala kami jemu menempuh alam kedewasaan
Ibu
Ucapan ini tidak bisa terhenti di sini
Gelodak rasa dijiwa ini meronta-ronta
Membisikkan sejuta rasa
Tidak bisa dihentikan
Semoga ibu sentiasa aman bahagia dan diberkati olehNya
'suka duka pentas dunia'
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
12 Ogos 2012
11 Ogos 2012
Keliru dengan kecantikan sebenar
As salam,
Setiap dari kita, semua orang memang mendambakan kecantikan. Hingga ada yang sanggup berbelanja tinggi hingha mencecah ribuan ringgit Malaysia untuk mendapatkan kecantikan. Pada zaman sekarang kecantikan bukan sahaja pada wanita tetapi lelaki juga. Jadi tidak hairanlah jika akan kelihatan salon kecantikan untuk lelaki juga tumbuh bagai cendawan dan berlawan pula dengan spa kecantikan untuk wanita. Itu belum termasuk lagi rumah-rumah urut atau spa yang terselindung.
Kecantikan bukan sahaja terletak pada wajah tetapi juga keseluruhan badan - luar dan dalam. Namun kecantikan yang hakiki datangnya dari dalam iaitu bermula dengan hati yang bersih dan melahirkan wajah yang dan tingkahlaku yang cantik! Heeee
Bagi sesetengah orang kecantikan wajah itu penting untuk memikat hati suami atau isteri. Tidak kurang juga kecantikan itu untuk kepuasan diri sendiri. Namun apa yang penting kecantikan itu bukanlah untuk menganggu gugat rumah tangga orang lain atau memusnahkan sebuah perhubungan yang suci.
Bagi 'kaum' yang menggunakan kecantikan untuk memusnahkan perhubungan orang lain adalah tergolong dalam orang yang keliru dengan kecantikan yang ada pada dirinya.
Yang sebenar-benarnya @yangbaik baru tengok siaran ulangan Tahajjud Cinta. Memang tak suka bila tengok bagaimana kecantikan wanita dimanipulasikan, tetapi itu yang terjadi dalam dunia sekarang. Bila mana wanita itu sendiri membiarkan dirinya teraniaya... eh ada kaitan ke dengan kecantikan ??? Lagi keliru....

10 Ogos 2012
Ada apa dengan Kad Ucapan Hari Raya
As salam,
Teringat ketika di zaman sekolah rendah, berlawan dengan kawan-kawan sekelas siapa yang dapat kad hari raya paling banyak... memang happeninglah masa tu. Setiap kali dapat kad raya gantung di dinding rumah. Berkebetulan masa tu dinding bilik hanya papan 'plywood' jer sor senang lah nak lekat dengan paku payung. pas tu letak la gambar ketupat. Bila kawan-kawan datang ke rumah ... suka lah dapat pujian kad raya banyak.... hurray...
Tetapi itu cerita dulu-dulu, hampir 30 tahun dulu. Sekarang tidak lagi. Namun nostalgia lama tetap kembali.
Cadangnya malam ni ke tak pun petang esok nak selongkar grobok lama cari kad raya zaman sekolah... kalau ada lagi tak dimakan bubuk atau ulat buku. Nak gantung juga kat dinding rumah baru nih...
Tahun ni... baru dapat satu kad raya .... sungguh istimewa dari orang teristimewa ... memang dapat setiap tahun. Gambar nyer blom letak lagi... ala kalau letak kat sini... semua orang tahu kan? Rahsia dulu.
gambar atas ni... teaser jer...
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA