Pengikut Setia

26 Januari 2012

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Banyak kemahuan banyaklah jalannya.  Ada ketikanya kemahuan yang terlalu meluap-luap hingga menyekat semua laluan dan jalan yang ada juga seakan tertutup.  Keadaannya ini terjadi kerana tertutupnya pintu hati menuju ke jalan yang bertepatan.

Kemahuan manusia memang tidak terbatas, ada kemahuan untuk kebaikan seperti membantu orang susah atau miskin.  Sebaliknya kemahuan yang 'jahat' seperti hendak memusnahkan orang.  Kemahuan individu memang berbeza begitu juga dengan cara pemikiran untuk mencapai kemahuan juga berbeza.

Kemahuan hendak hidup bermewah-mewah terhasil kerana kesempitan hidup yang sedang dihadapi dan dalam masa yang sama disogokkan dengan drama kisah hidup orang berada.  Bagaimana jalannya?  Ada yang memilih jalan singkat dengan merompak, mencuri, mencopek, menipu dan menerima rasuah.  Banyak punca menjadikan kemahuan sebagai alasan untuk melakukan aktiviti yang salah.

Ada juga yang tidak pandai menggunakan kemudahan yang diberikan.  Antaranya bantuan BR1M kepada pelajar IPT sebanyak RM200.00 seorang.  Bagaimana boleh terfikir untuk menjual 'kemudahan' yang diberikan dengan harga yang murah.  Tidakkah ini bererti maruah diri pelajar juga rendah. 

Semua ini atas pendirian dan kefahaman individu mengenai masa depan hidupnya dan peluang yang diberikan.  Sukar untuk mengatakan 'terpulang' kepada individu untuk membuat pilihan kerana pendidikan dan pengajaran harus diberikan kepada individu yang hendak membuat pilihan.  Pilihan hidup seakan semakin sukar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ape?  Entah!


^_^


.


25 Januari 2012

Pengalaman cabut gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman cabut gigi.  Gambar sebelah tiada kaitan dengan jalan cerita atau tajuk cerita buat masa ini tetapi ada kaitan dengan penulis cerita ini. 

Semasa kecil gigi dijaga dengan elok, berus gigi rajin paling kurang 2 kali sehari pagi dan malam, lepas makan gula-gula atau aiskrim berkumur-kumur untuk hilangkan gula yang melekat pada gigi.  Sayangnya sketsa ini hanyalah berlaku ketika usia muda.  Bila dah dewasa sikit semakin berat (malas jaga gigi).

Gigi yang cantik memang idaman semua orang tak kira tua atau muda.  Semasa gigi sihat semua benda boleh dimakan tidak kira manis, panas atau sejuk.  Enak sungguh.  Bila gigi dah sakit baru terasa betapa hebatnya nikmat yang indah-indah itu sudah mula diambil semula.  Oleh itu semasa gigi masih elok, jagalah ia sebaiknya.

Cabut gigi.  Tidak semua orang berani jumpa doktor gigi (dentist).  Macamlah doktor gigi tu makan orang tak pun ada gigi taring yang tajam macam dinasour.  Bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga ada yang takut jumpa doktor gigi.

Cabut gigi memang menyakitkan.  Tetapi dengan segala kemudahan yang ada seperti ubat bius dan ubat tahan sakit, kesakitan cabut gigi tidaklah terasa sangat.  Doktor gigi juga manusia biasa yang punya perasaan simpati dan kasihan.  Sudah tentu doktor gigi itu juga pernah merasai sakit gigi.  Rasa sangat mustahil jika ada manusia normal yang tidak pernah sakit gigi.  Cuma tahap kesakitan dan daya tahan saja yang agak berbeza mengikut pengalaman dan usia masing-masing.

Petua ketika sakit gigi
Ketika sakit gigi, Yangbaik hendak berkongsi petua tradisional.  Petua ini kalau tak silap ramai yang dah tahu, jadi Yangbaik sekadar mengingatkan kembali.  Caranya adalah ketika sedang sakit gigi, gigitlah bunga cengkih, sekuntum saja sudah mencukupi.  Memang mujarab, kesakitannya mampu menghilang.  Namun kadar kesakitan tidak semestinya terus hilang sekiranya gigi dah memang perlu dicabut.  Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Sekian saja catatan untuk kali ini.



^-^
.

Wordless Wednesday #5: Cerita Bergambar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pada hari rabu tanpa kata biarkan foto berbicara bagi sebuah pencarian yang tidak penghujungnya






graf menurun






sila klik untuk sebahagian entry berkaitan muslimah solehah mujahidah


sebahagian daripada contoh nota impian hidup


Festival Bunga Kebangsaan Malaysia belum sampai lagi tetapi gambar di atas ada kaitan


sekian.

Carian