Pengikut Setia

01 September 2011

Suka duka Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Suka duka sebuah perjalanan blog picisan sepanjang Ogos 2011.  Bermula dengan 1422 paparan dan 752 pengunjung yang unik untuk minggu pertama merupakan satu permulaan yang amat membanggakan bagi blog picisan ini yang baru nak menapak dan mencari jalan untuk meneruskan perjalanan dalam dunia blog.  Pada pertengahan bulan Ogos jumlah paparan dan pengunjung yang unik pula mula menurun sedikit demi sedikit sehingga ke penghujung bulan Ogos 2011, paparannya telah menurun kepada 215 dan 121 pengunjung unik. 

Daripada statistik berkenaan memang dapat dirasai oleh penulis ini bahawa idea dan catatan yang telah dikeluarkan tidak menarik minat pengunjung atau terdapat beberapa isu semasa dan isu dalam serta pengurusan blog yang semakin tidak teratur. 

Penulis dalam masa yang sama sedang dan akan terus berusaha untuk menghasilkan tulisan dan karya yang terbaik yang mampu menarik minat pembaca. 

Paling kurang perlu ada info yang bermanfaat bukan sekadar catatan syok sendiri yang akhirnya memakan idea hingga kering kontang lantas melahirkan catatan merapu yang langsung tidak menarik minat. 


Daripada graf dapat juga dijelaskan di sini bahawa pengunjung yang paling ramai berkunjung ke blog ini adalah sudah tentu rakyat Malaysia.  Saya sayang Malaysia.  Diikuti dengan pengunjung dari Amerika Syarikat yang menyumbang peratusan trafik sebanyak 6.03. 

Kurang pasti pula atas dasar apa mereka singgah di blog ini memandangkan seratus peratus bahasa adalah dalam bahasa Melayu kalau ada bahasa Inggeris adalah sekali dua yang menggunakan bahasa rojak. 

Seterusnya diikuti pula dengan pengunjung dari Indonesia dan Singapura.  Pengunjung yang paling rendah adalah dari negara Poland dan Georgia yang masing-masing menyumbang trafik sebanyak 0.07%.  Terdapat juga pengunjung yang tidak dapat dikenalpasti negaranya.


Namun yang paling menarik perhatian adalah berkaitan dengan kata kunci yang turut menyumbang trafik ke blog yangbaik. 

Antara kata kunci yang paling banyak adalah berkaitan jejari runcing.  Ingin dinyatakan di sini bahawa tiada cerita peribadi atau isu-isu yang berkaitan peribadi jejari runcing tetapi semua cerita adalah meminjam istilah berkenaan sahaja. 

Biarpun tiada cerita peribadi tetapi jejari runcing atau blog jejari runcing merupakan kata kunci yang paling top di bulan Ogos.  Mungkin juga ada kaitan dengan kisah peribadi seseorang atau juga yang ada kaitan dengan hubungan seseorang.  Atau mungkin juga akan terus menjadi kata kunci pencarian utama untuk bulan-bulan yang akan datang.

Sedikit sahaja pencarian berkaitan kueh raya atau nama yang dikatakan ada kaitan dengan Makcik Hajja Sitt AlWuzara.  Sedikit juga pencarian berkaitan kebaikan iaitu maksud taqarrub.

Sehingga itu dulu sebuah cerita suka duka perjalanan blog yangbaik untuk bulan Ogos 2011.  Penulis ini dalam kekeringan idea, mungkin juga kerana dah penuh dengan ketupat, lemang, rendang rusa dan kopo O. 

Jangan lupa selepas ini untuk meneruskan amalan Puasa Enam sebaik-baiknya buatlah di awal bulan Syawal dan janganlah tunggu sehingga ke penghujung.  Semoga tidak terlewat dan tidak terlepas untuk melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal 1432 / September 2011.

31 Ogos 2011

Kerana sibuk berhari raya dan sambut Hari Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Hari ini adalah 31 Ogos 2011 dan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54.  Hari ini juga masih lagi panas dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ke-2.

Oleh kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan hari raya maka secara tidak langsung aktiviti di blog juga turut terjejas.  Simpati?  Memang kasihan.



Sungguh agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apa yang diduga itu rupanya benar-benar terjadi.  Blog picisan ini yang perasan konon-kononnya top blogger Malaysia 2011, akan mendapat kunjungan ramai sebenarnya tidak menjadi.  Bagaimana nak dapat kunjungan yang ramai kalau tidak diupdate dengan cerita yang terbaik tentang suasana hari raya atau juga suasana sambutan merdeka seperti kibarkan jalur gemilang. 

Kerana itulah blog yang perasan nak jadi top blogger Malaysia 2011 seharusnya dengan rajin dan gigih mengemaskini blog bukan sahaja dengan cerita-cerita kosong tetapi harus diisi dengan berita dan cerita yang mendatangkan faedah kepada pengunjung.



Namun begitu kata kunci yang paling menarik adalah berkaitan 'gambar back ground rumah kosaong'.... tukar kepada 'rumah kosong'.  Apa yang dicari dengan rumah kosong itu? Hanya pencarinya sahaja yang memahami apa yang dicari.  Carian itu mencecah sehingga ke angka 4.  Ini bermakna seramai 4 orang telah mencari 'rumah kosong'.

Walau apapun kata kunci yang tidak pernah dilupakan dan tidak perlu diperkenalkan lagi adalah berkaitan 'nelydia senrose' dan 'jari/jejari runcing'.  Kata kunci ini sememangnya tidak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.  Pasti ada peminat anak gadis Pak Nik (Nik Zaris Nelydia Senrose) dan penyokong Alia (ex-fiancee pemain bola sepak negara) yang terkenal dengan blognya jejari runcing. 

Paling tidak dilupakan juga adalah berkaitan dengan 'ubat gigi yang menjadi punca perceraian'.  Pesanan aye kepada diri sendiri dan kepada semua yang berkaitan dengannya... jangan kerana perkara yang kecil dan remeh temeh itu diperbesarkan dan dijadikan isu atau punca untuk berpecah.  Masih ada jalan penyelesaian dan orang yang hebat adalah orang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cubaan (pesanan ini untuk diri sendiri juga ... yes!)


Sekali lagi, setelah diteliti, page view untuk hari ini (31 Ogos 2011) amatlah sedikit tidak sampai 50 orang.  Bagaimana ini harus terjadi?  Atau bagaimana untuk mengatasi kejadian ini daripada berulang.  Walaupun tidak lama dahulu kejadian ini sering terjadi namun atas beberapa usaha gigih dan dengan semangat yang kental maka peningkatan pengunjung dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

Walau apapun yang terjadi, sebagai bakal top blogger Malaysia 2011 (ehehehe... ) harus tidak menjadikan ini semua sebagai halangan untuk memajukan diri dalam dunia blog.

Sekian adanya. 

*-*
 .

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selamat Hari Raya Eidul Fitri
mohon maaf zahir dan batin

Carian