Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan

16 Mei 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Guru 2014
Giveaway Hari Guru | 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru kepada semua guru seluruh Malaysia dan 1Dunia.  Bunyi macam besar sangat kan Hari Guru nie.  Sudah tentu kerana Guru yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita.  Bukan untuk menafikan tanggungjawab dan tunjuk ajar dari ibu bapa tetapi peranan guru tidak kurang pentingnya dalam kehidupan kita semenjak menjejakkan kaki ke sekolah mulai dari Pra sekolah, darjah satu dan seterusnya sekolah menengah atau sehingga ke Universiti.

16 Mei 2011

16 Mei 2011 | Hari Guru Ke-40

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selamat Hari Guru.  Terima kasih cikgu.  Jasa dan baktimu dalam mendidik kami tetap dikenang.  Pengorbananmu disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih

12 Mei 2010

Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya ... suka tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Entri kali berkaitan Pertandingan Sempena Hari Guru : Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya Atau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.  Anjuran Cikgu Zara.  Ada dua (2) tema yang disediakan, iaitu 1.  Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya, 2.  Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.

Tema yang aye pilih adalah "Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya"

Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya, pasti hari-hari ketika dalam kelas Cikgu Zara saya akan duduk di depan sekali untuk menatap wajahnya dan mendengar celotehnya untuk memahami apa yang diajar.  Saya juga pasti akan menjadi murid pertama yang menjawab soalan cikgu dan sayalah orang yang pertama akan menyambut Cikgu Zara di muka pintu kelas serta orang yang terakhir keluar dari kelas Cikgu Zara. 

Cikgu Zara mengajar subjek Kimia kan?  Pastinya subjek itu akan menjadi subjek kesukaan saya dan saya akan mendapat keputusan yang cemerlang.  Walau apa pun subjek yang Cikgu Zara ajar, pastinya kelas cikgu tidak membosankan kerana Cikgu Zara bijak bermain dengan kata-kata.

Saya juga berharap Cikgu Zara takkan jemu mengajar saya kerana saya ni lembap sikit.  Lagi pula Cikgu Zara kan pakar psikiatri.

Terima kasih cikgu.  Terima kasih kepasa semua Cikgu-Cikgu seluruh Malaysia yang telah mendidik saya sehingga menjadi saya pada hari ini.  Semua tunjuk ajar Cikgu tidak akan saya lupakan.  Semoga Cikgu terus suksess. 
Ikhlas dari 'anak murid senior'
~~~

Carian