Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Lihat dulu mana boleh jumpa.
Sekian. ~(@^_^@)~
Pertama kali minum Kopi Penawar
Alhamdulillah, rasanya memang sedap. Namapun kopi percuma. Kopi pemberian mak mertua ketika datang ke rumah minggu lepas. Tidak pernah terfikir pun nak cuba beli atau minum kopi ini, ketika melihatnya di sebuah kedai makan. Tetapi tidak tergamak pula nak menolak pemberian mak mertua. Pemberiannya tidaklah banyak cukup sekadar untuk rasa barang 3 ke 4 hari. Jadilah, orang memberi kita merasa.
Kata jer tak pernak nak cuba, tapi bila dah dapat minum juga. Sekali dah cuba minum sedap pula rasanya. Nasib baik tidak jadi bahan rebutan.
Air kopi di rumah ini tidak perlu risau berebut dengan anak-anak kerana mereka tidak suka minum kopi... pahit. Begitulah semasa di dalam pantang, selamat kopi untuk 2 bulan. Kecuali air coklat atau milo memang kena kongsi dengan anak-anak. Suami pun kurang minum kopi macam ni, melainkan kopi o.
Kopi Penawar Penyakit Rohani Jasmani |
Kopi pra campur (3dalam1) turut mengandungi pati kemuning hitam & habbatus sauda. Telah dirukyahkan oleh al-Fadhil Ustaz Sharhan. Kopi ini selain sebagai minuman harian juga amat berkhasiat sebagai penawar bagi penyakit rohani dan jasmani.
Kopi sebegini biasanya saya minum waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Saya tidak akan minum waktu petang atau malam kerana akan mengganggu masa tidur.
Sekarang stok kopi penawar sudah habis. Nak cari di kedai mana boleh saya beli untuk stok di rumah dan elok juga sebagai hadiah ... kot!?
Sekian. ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid
kaknoor singgah follow, kopi peminat tegar ni dgn kopi apa saja, time tenghari macam ni elok berkopi2 supaya tak ngantukss
BalasPadamMacam menarik jer... Belum pernah lagi ketemu jenama ni.
BalasPadamhehehe sekali cuba terus jatuh cinta ye.. dah siap cari stokis da ni.. mak CT dia ngan radix aje manjang. kupi lain dia x minom..
BalasPadamx pernah dgr tp selalu kpi mcm nie kat kedai jamu ada byk jual.
BalasPadamOwh ~ bab kopi saya minum cuma waktu drive jauh jer.. kalau ada hidang kopi malam2.. serender.. takut tidak tertidur.. huhu
BalasPadamMy blog :
http://segalaceritera.com/
wanie pun peminat tegar kopi juga..suka sangat.. ^_^
BalasPadam