Pageviews

16 September 2013

16 September 2013 | Hari Malaysia yang ke-50

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Selamat Hari Malaysia.  

Hasrat hati hendak berkongsi kegembiraan sempena Hari Malaysia bersama blogger semua.

Berikut adalah beberapa petikan dari e-mail yang diterima pada pagi ini. 

Tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Pada tanggal 16 September, negara kita menyambut ulang tahun rasmi penubuhannya yang ke-50. 
Pengisytiharan rasmi penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh bersejarah ini, dalam tahun 1963, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 
Pengisytiharan yang disaksikan oleh oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 orang rakyat telah memberi sinar harapan kepada semua. 
Pada ketika itu, rakyat berbilang kaum dan agama, mengimpikan kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran dalam sebuah negara yang berdaulat. 
Satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Hak autonomi dan kedudukan kedua-dua buah negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.
...... sambungan... 
Walaupun dalam usia yang muda, Malaysia telah berjaya membina sebuah negara yang disegani, sama ada dari aspek politik, ekonomi dan pembangunan sosial. Pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam membentuk negara, mempertahankan keamanan dan kemakmuran selama ini akan sentiasa dihargai.
 
Semoga Malaysia terus cemerlang gemilang dan terbilang dalam usaha pembangunan negara tanpa meminggirkan rakyatnya yang sentiasa memberi sokongan.

Sekian.  Selamat Hari Malaysia.


6 ulasan:

  1. selamat hari malaysia jugak sis
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    LIKE SINI

    TQ :)

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut hari Malaysia...
    dan selamat menikmati cuti :)

    BalasPadam
  3. selamat hari malaysia buat yangbaik dan semua pembaca. semuga negara kita terus aman dan mencapai negara maju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. semoga keamanan Malaysia terus berkekalan.

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.