Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Projek Bahtera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek Bahtera. Papar semua catatan

28 Februari 2021

Antara janji Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara janji Allah



Ada lima perkara utama dan janji-janji Allah kepada para hambaNya yang beriman pada ayat di bawah yang menjadi terlahirnya :


1. Mohonlah keampunan Allah sungguh-sungguh. (Istighfar)

2. Allah akan turunkan hujan lebat dari langit kepada kita.

3. Allah akan memperbanyakkan harta dan anak-anak kita.

4. Allah akan memperbanyakkan kebun-kebun untuk kita 

5. Allah akan mengadakan sungai-sungai untuk kita.

Semoga bermanfaat. Silakan share dengan bahagia.

#SebarkanKebaikan
#projekbahtera

24 Julai 2020

Saat sukar menghadapi ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Saat sukar menghadapi ujian


Saat sukar menghadapi ujian.. lafazkanlah..

“Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli..” 
ertinya, "Ya Robbi, lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku ya Rabb, dan lepaskanlah kekakuan dalam lidahku.."

Semoga Allah permudahkan urusan kita, didunia dan diakhirat.


Allah ciptakan kita ni sebenarnya untuk hidup tenang-tenang buat ibadah,
bawa bekal ke alam akhirat tau.
Tapi sebaliknya jadi pada ramai dari kita sekarang.
Lebih fokus kepada mencari dunia dan dapat penat.

Hidup dengan ikut aturan Allah, kita live effortlessly.

Kalau nak di analogikan, bayangkan sungai yang mengalir dari atas ke bawah.

Kalau kita nak turun ikut arus dari atas ke bawah, 
sangat mudah alirannya kan. Licin je senang sangat.

Tapi kalau kita ni nak naik dari bawah sungai ke atas,
struggle payah kan nak naik?

Begitulah, kalau kita nak hidup ikut arus (jalan Allah),
hidup ini sangat mudah sebenarnya.

Yang menjadikan susah bila kita lawan arus tu dengan langgar perintah Allah 
dan ambil lewa suruhanNya.

Hidup kita ini bila kita melawan arus,
dengan kata mudahnya kita melanggar sunnatullah.
Semuanya akan jadi seumpama debu-debu berterbangan.
.
.
Demi Allah, tiada seorang pun yang berbaik sangka kepada Allah,
melainkan pasti akan memberikan kepadanya apa yang ia sangkakan.

Sebab, semua kebaikan itu ada dalam genggaman Allah.

Apabila Allah sudah memberi husnudzonNya,
bererti Allah akan memberi apa yang disangkakannya itu.
-Abdullah bin Mas'd


Semoga bermanfaat.  Sama-sama muhasabah diri, Saat sukar menghadapi ujian.


11 Julai 2020

Melihat yang besar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MELIHAT YANG BESAR       


Tak ada masalah yang terlalu besar untuk diselesaikan. Yang ada adalah hanya kemahuan yang kecil dan keimanan yang lemah lagi rapuh.





Setiap masalah yang hadir, Allah sudah tentukan kita mampu atasinya. Cuma keyakinan(baca keimanan) kita sahaja menentukan pilihan(decision) nak hadapinya dengan GEMBIRA atau DUKACITA. 
.
Karana sebesar apapun masalah kita tu,
Laa tahzan, innallaha ma 'ana..
Jangan sedih, Allah bersama kita semua.



Sepotong ayat untuk buah fikiran bersama :

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." (Surah Al-Israa', Ayat 7)

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Terima kasih kerana Melihat yang besar.

.

05 Julai 2020

5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki


Tanpa disedari amalan kita turut mempengaruhi kelancaran rezeki.   Terutamanya berkaitan dengan akhlak kita. Agak sukar untuk kita perhatikan dengan mata kasar kerana amalan yang kita lakukan itu dengan sendiri mempengaruhi rezeki tanpa kita sedar.  Apa yang kita beri itu yang kita dapat. 


5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI
5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI


Berikut adalah perkongsian menarik yang dipetik dari facebook Projek Bahtera.


5 kebiasaan sederhana.Namun jika dilakukan secara konsisten. Ini akan melancarkan rezeki sehari-hari.

1.  Berikanlah makan kepada makhluk Allah. Entah itu manusia atau binatang. Entah banyak atau sedikit.

Seperti jamu makan tengahari selepas solat Jumaat seperti yang dipraktikkan secara rutin LibatSama & LibatRasa dengan Projek Bahtera.

2.  Jika kalian suami, buat isteri tersenyum meski sekali di hari itu. Jika engkau isteri, minta redha suamimu di pagi hari dan sebelum tidur setiap hari secara konsisten.


3.  Ringankan 1 urusan orang lain.  Meski itu hanya sekadar, mengambilkan barang orang lain yang terjatuh.


4.  Solatlah di awal waktu. Dan lengkapi dengan sunat sebelum/sesudahnya.

5.  Jangan bermuka masam tatkala di hadapan orang lain.


Jom kita suburkan harta dengan sedekah. Dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.

Surah 2 ayat 261, Allah JAMIN ROI (Return Of Investment) atau keuntungan sebanyak 700 kali ganda (70,000%)

Tiada lembaga kewangan di dunia ini yang mampu memberi jaminan keuntungan atau ROI hingga 70,000%, kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya. Ini namanya ILMU PELABURAN LANGIT.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom belajar lebih mendalam lagi tentang Rahsia Magnet Rezeki dalam kehidupan ke Channel Telegram ini!  https://t.me/RahsiaAmalan100Hari

#shareuntukbaikihati


Terima kasih kerana membaca 5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki.


03 Julai 2020

Menunjuki Kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Menunjuki Kebaikan


Menunjuki Kebaikan



Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mengajak (manusia) kepada petunjuk(kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa mengajak (manusia) kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.”


Ambillah ibrah(pengajaran) dari kisah burung kecil yang membawa air dalam paruh kecil untuk memadam api yang membakar Nabi Ibrahim. Allah tak lihat berapa banyak yang boleh kita sumbangkan, tapi Allah nak tengok apa usaha yang kita dah buat. Hasilnya bukan manusia yang tentukan, semuanya kembali kepada Allah taala jua.

Semoga mendapat manfaat.  Terima kasih kerana Menunjuki Kebaikan.


💖

Carian