Pengikut Setia

24 Julai 2020

Saat sukar menghadapi ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Saat sukar menghadapi ujian


Saat sukar menghadapi ujian.. lafazkanlah..

“Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli..” 
ertinya, "Ya Robbi, lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku ya Rabb, dan lepaskanlah kekakuan dalam lidahku.."

Semoga Allah permudahkan urusan kita, didunia dan diakhirat.


Allah ciptakan kita ni sebenarnya untuk hidup tenang-tenang buat ibadah,
bawa bekal ke alam akhirat tau.
Tapi sebaliknya jadi pada ramai dari kita sekarang.
Lebih fokus kepada mencari dunia dan dapat penat.

Hidup dengan ikut aturan Allah, kita live effortlessly.

Kalau nak di analogikan, bayangkan sungai yang mengalir dari atas ke bawah.

Kalau kita nak turun ikut arus dari atas ke bawah, 
sangat mudah alirannya kan. Licin je senang sangat.

Tapi kalau kita ni nak naik dari bawah sungai ke atas,
struggle payah kan nak naik?

Begitulah, kalau kita nak hidup ikut arus (jalan Allah),
hidup ini sangat mudah sebenarnya.

Yang menjadikan susah bila kita lawan arus tu dengan langgar perintah Allah 
dan ambil lewa suruhanNya.

Hidup kita ini bila kita melawan arus,
dengan kata mudahnya kita melanggar sunnatullah.
Semuanya akan jadi seumpama debu-debu berterbangan.
.
.
Demi Allah, tiada seorang pun yang berbaik sangka kepada Allah,
melainkan pasti akan memberikan kepadanya apa yang ia sangkakan.

Sebab, semua kebaikan itu ada dalam genggaman Allah.

Apabila Allah sudah memberi husnudzonNya,
bererti Allah akan memberi apa yang disangkakannya itu.
-Abdullah bin Mas'd


Semoga bermanfaat.  Sama-sama muhasabah diri, Saat sukar menghadapi ujian.


5 ulasan:

  1. Assalammualaikum dan hi! Nisha datang berblog walking ke sini ^^

    Wah..Sungguh bermanfaat.
    Memang betul, sekarang banyak yang mengejar dunia tanpa menitik beratkan amalan serta bekalan yang bakal dibawa ke akhirat kelak.
    Nisha suka betul dengan anologi Sungai yang diberikan.
    Terima kasih di atas perkongsian ini. (=

    Jemput baca entry-entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 3) + Nasihat
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_22.html

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 2) + Nasihat
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan.html


    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... banyak sungguh manfaat. Terima kasih tidak terhingga kerana singgah sini bersama bekal.

      Padam
  2. Hi ,

    Nak turun kebawah mmg senang. Nak mendaki ke atas memang susah. Tapi nikmat bila dah sampai atas tu lain macam. Cuma lebih baik dari nakal berubah kepada baik dari sebaliknya. Tapi segalanya berbalik kepada muhasabah diri kan .

    btw jemput singgah


    https://inlove-wanda.blogspot.com/2020/07/giveawaymylifealhamdulillah.html

    BalasPadam
  3. Hello , assalamualaikum . terima kasih share :) sangat bermanfaat ^^

    BalasPadam
  4. Banyak yang perlu kita perbaiki untuk muhasabah diri. Terima kasih kak atas peringatan.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian