Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari Pertama Kuliah
Setelah sekian lama meninggalkan zaman belajar. Kini saya kembali menyambung pengajian di peringkat sarjana muda secara sambilan iatu belajat sambil bekerja. Pada peringkat umur begini sambung belajar adalah sesuatu yang amat besar maknanya. Manakan tidak dengar urusan rumah, anak yang masih sekolah... Namun mencari ilmu itu bukanlah menjadi penghalang kepada aktiviti keluarga mahupun urusan kerja. Yang penting adalah menghargai setiap peluang yang datang dan tidak mudah putus asa.
Semoga perjalanan pengajian ini dipermudahkan dan saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
28 September 2019
27 September 2019
Jumaat penuh barakah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Jumaat kembali lagi. Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan. Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.
Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi. Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.
Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain. Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.
Jumaat penuh barakah
Jumaat kembali lagi. Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan. Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.
"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.” [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]
Lumrah kehidupan
Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik. Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini. Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang. Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi. Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.
Penilaian tidak wajar
Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu. Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka. Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita. Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain. Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.
26 September 2019
Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dunia blogging pastinya tidak dapat dipisahkan daripada blogger atau individu yang suka menulis dan bercerita. Ada saja yang hendak diceritakan sama ada untuk rekod peribadi atau untuk catatan pembaca dan peminatnya. Perkongsian penulisan lazimnya mengikut niche atau minat dalam bidang masing-masing. Ada blogger kekeluargaan akan berkongsi cerita berkenaan aktiviti kekeluargaan.
Namun begitu ada ketikanya semangat menulis turun dan naik tidak menentu. Hanya yang cekal dan kuat semangatnya akan terus bertahan dengan blog. Atau mungkin juga individu yang sememangnya kerjanya adalah penulis sepenuh masa. Begitu juga halnya dengan blog SZI, telah sekian lama bertapak dalam dunia blogging, setelah melalui beberapa fasa perubahan format blog dan juga bermacam-macam isu seangkatan dengan teknlogi maklumat. Penulisnya seakan menyepi seketika. Ada beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.
Semangat hendak menulis semula itu agak sukar hendak dikekalkan setelah aktif dengan akaun instagram.
Namun setelah melihat kegigihan sahabat blogger yang dikenali dulu masih kekal dengan blog dan masih aktif dengan aktiviti cerita masing-masing, rasa sepert tercabar juga.
Cabaran inilah yang menguatkan kembali semangat untuk menulis atau sekurang-kurang kemaskini sesuatu di dalam blog.
Mencari semula dan mengutip semula semangat yang telah banyak tercicir.
Ada dari kalangan pembaca yang sudi kongsi idea Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging?
💖

Mengapa sukar kemaskini blog ??? |

Apa khabar hari ini? |
Cabaran inilah yang menguatkan kembali semangat untuk menulis atau sekurang-kurang kemaskini sesuatu di dalam blog.
Mencari semula dan mengutip semula semangat yang telah banyak tercicir.
Ada dari kalangan pembaca yang sudi kongsi idea Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging?
💖
05 Julai 2019
Kerana kerja tak pernah habis
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kerana kerja tak pernah habis
Kerana kerja tak pernah habis. Sejurus kita tandatangan setuju terima kerja dan lapor diri di depan bos, di situ bermulanya kerja kita secara rasmi. Atas apa jua alasan kita sudahpun terikat dengan segala peraturan dan perjanjian kerja.
Namun, ada masa dan ketika kita perlukan masa untuk diri kita sendiri. Melarikan diri dari kesibukan kerja bukan satu alasan yang baik. Kerana bila kita melarikan diri (dengan sengaja) ketika orang lain (rakan sepejabat) sedang bergelumang dengan segala jenis persiapan dokumen kita sebenarnya dengan sengaja dengan menempah kebencian. Betul tidak baik benci membenci tetapi dengan helah bermadah yang tiada asas menjadikan ornag lain muak dengan sikap kita. Boleh saja kita biarkan saja apa orang kata, tetapi... hebatkah kita sampai bila bila?
Fikir-fikirkan.
💞
Julai Datang Lagi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Julai Datang Lagi
Alhamdulillah
Separuh tahun pertama telah dilepasi bersama ribuan suka duka jerit perit
Gambaran kehidupan yang penuh kebahagian dan kesejahteraan
Saban hari memohon dikurniakan kesejahteraan dan kebahagian buat semua insan
Julai datang lagi
Hari ini setelah beberapa hari melepasi Julai pertama
Entah dari mana kekuatan yang datang
Sempat juga menambah bahan dalam blog
Saban hari blog ini ditatap saja tanpa sebarang tambahan bahan
Idea menambah bahan bercelaru
Antara suka duka tawa dan tangis
Julai datang lagi
Ku songsong masa silamku
Semoga aku dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menghimpun idea dan menambah bahan
Mana yang positif dijadikan sandaran
Mana yang negatif buang jauh-jauh
Julai datang lagi
01 April 2019
Selamat Datang April 2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selamat Datang April 2019
Alhamdulillah, pada hari ini hari pertama di bulan April 2019 saya diberikan kekuatan dan masa lapang untuk menulis serba sedikit berhubung kehadiran bulan April. Seperti biasanya di dalam bulan April ada satu tarikh tersembunyi yang tersirat. Kerana pada bulan ini lahirnya seorang insan tetapi tarikhnya dirahsiakan. Untuk rekod peribadi sahaja.
April 2019 |
April bulan ke-empat tahun masihi
In shaa Allah kehadiran bulan April membawa bersama kebahagian dan keberkatan dalam kehidupan di dunia menuju kehidupan akhirat.
Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan kekuatan dalam meneruskan ibadah kepada Allah dan berbuat baik kepada setiap insan di atas muka bumi.
Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Selamat Datang April 2019.
30 Januari 2019
GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Wah, bertambah semangat nak blogging. Entri giveaway pertama di tahun baru bersempena dengan GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM.
GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM
Blog Ombakbergigi ni dah lama juga akak kenal, melalui giveaway juga. Itu cerita lama dulu, semasa blog itu baru dilancarkan. Sekarang ni blog ini dah semakin cantik suka dengan penampilan baru ni.
Klik banner di atas untuk turut serta dan dapatkan info menarik mengenai giveaway ini.
Terima kasih atas sokongan anda. Jom sokong GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM
Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat
Kita sering kali tersilap dalam membuat pilihan atau tanggapan. Kerana mata kita ini hanya nampak apa yang kita patut nampak tanpa kita sedari apa yang kita lihat itu tidak seperti yang kita nampak. Kerana itu kita perlu berhati-hati dalam membuat anggapan. Terutamanya bila tindakan kita itu langsung tidak mendatangkan faedah kepada kita atau orang sekeliling kita.
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. 🌿Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
2. 🌿Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.
3. 🌿Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat. Ia merupakan pertanda kelemahan iman.
4. 🌿Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif.
5. 🌿Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.
6. 🌿Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ini Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat.

Peringatan dan muhasabah diri.

29 Januari 2019
Kembali semula
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kembali semula ke persada blog. Setelah sekian lamanya tidak bersiaran.
Rindu dengan teman-teman blogger. Rindu untuk meninggalkan jejak walau sekadar sepatah ayat.
Masih lagi mengumpul kekuatan dan semangat untuk meneruskan semangat dan menambah jaringan di dunia maya.
Semoga mendapat kekuatan.
Ada yang rindu dengan blog picisan ini?
💖💖💖💖💥

Kembali Semula |
Semoga mendapat kekuatan.
Ada yang rindu dengan blog picisan ini?
💖💖💖💖💥
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA