Pengikut Setia

31 Ogos 2012

Makan

As salam


 
Jemput makan jemput-jemput.  Cuti-cuti ni baru ada peluang nak masak-masak sarapan untuk ahli keluarga.  Walaupun ringkas tetapi penuh makna kan.  Sayangnya pokok kucai dah mati... terlebih siram air.  Orang kata 'carak' air.  Daun kucai tu beli jer kat kedai runcit depan sana.  Berselera sungguh tengok anak-anak makan.  Tambah semangat lagi umi nak memasak... hikhikhik
 
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wahai anak muda, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan apa yang ada di sekitarmu.
(HR Muttafaq Alaihi)

30 Ogos 2012

Minggu ke-30 dan kisah MGTT

As salam,


 
Sekarang dah masuk minggu ke-30 usia kandungan dan kenapa pula gambar di atas tidak sama dengan gambaran kedudukan janin di dalam perut @yangbaik seperti yang diceritakan doktor.  Betullah, jangan keliru sebab tidak semua bayi mempunyai perkembangan yang sama.
 
Ini adalah cerita semalam tetapi dicatatkan pada hari ini kerana baru mendapat peluang untuk bercerita di sini.  Seperti lazimnya walaupun mungkin secara kebetulan urusan di klinik kerajaan sering memakan masa yang lama dan agak panjang.  Sebagai salah seorang kakitangan awam memang rasa tidak sesuai nak bercerita di sini kerana ia seolah-olah membuka pekung di dada.  Tetapi seperti semua sedia maklum, memang urusannya lambat dan memakan masa yang panjang. 
 
Sesuatu perlu di lakukan untuk memudahkan proses dan mungkin beberapa prosedur perlu dikaji semula.  Antaranya penyediaan ruang yang selesa dan kakitangan yang mencukupi untuk menguruskan MGTT. 
 
@yangbaik secara peribadi simpati dengan seorang sahabat yang kebetulan mengambil darah kali pertama pada sebelum puasa dahulu, beliau merupakan orang yang pertama mengikuti proses berkenaan tetapi atas sebab yang kurang jelas maka proses yang pertama itu terbatal lalu terpaksa diulang semula untuk kali ini.  Sedangkan @yangbaik menjalani prosedur kedua manakala beliau terpaksa mengulang semula prosedur yang pertama.  Bayangkan betapa ruginya masa yang diambil untuk menjalani prosedur pertama dahulu.  Buang masa, tenaga dan darah juga.  Pembaziran!
 
Cerita panjang lebar memang menyakitkan tetapi itulah hakikat yang terpaksa diharungi.  Semoga prosedur berkaitan MGTT dapat diinovasikan semula bagi memudahkan urusan semua pihak.  Kerana ibu-ibu yang hamil ini bukan sahaja terdiri dari suri rumah tetapi juga ibu-ibu yang berkerja.  Bayangkan bila keluar ke klinik asalnya dari dua jam jadi 4 hingga 5 jam.  Masa kerja terpaksa dikorbankan.  Tidak mengapalah bila dapat bos yang memahami tetapi akan menjadi lebih sukar walaupun bos memahami tetapi terpaksa meninggalkan kerja untuk menunggu dan akhirnya terpaksa cuti.
 
Walau apapun mereka terutama petugas di Klinik Kesihatan itu telah melakukan yang terbaik hingga terpaksa menggadaikan masa rehat demi tugas.
 
Selamat bertugas.
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

28 Ogos 2012

Kata Kunci Untuk Hari Ini | Sebuah jawapan untuk audit

As salam,




 
 
Setelah puas berhempas pulas menjawab soalan audit yang amatlah hangatnya... maka dengan ini meh kita santai jap meninjau apa pula keywords atau lebih tepat kata kunci yang menarik untuk hari ini.  Kata Kunci ini diperolehi dari Nuffnang yang bermurah hati merekodkan setiap kata.  Terima kasih
 
 
Jom!!!
 
 
  • ayat dalam kad raya - ada ucapan untuk sahabat dan ucapan untuk ibu juga.  Kalau tak pandai buat ayat google jer.. then singgah kat blog sini... adalah ayat-ayat rekaan sendiri.  Dah ambil ayat tu jangan lupa letak kredit kat @yangbaik tau.
 
  • dekorasi laman rumah - boleh juga lihat rumah contoh di Seri Iskandar dan juga gambar sebahagian daripada dekorasi laman rumah jiran lama di Sungai Galah.  Laman rumah @yangbaik takder lah besar mana jadi tak der lah nak buat dekorasi bagai lagi... mana nak cekau.  Balik keraja pun dah nak malam.  Hujung minggu pulak dok merayau rumah mak tak pun kat rumah mertua.  Tapi yang pastinya walaupun laman tak besar mana, mesti bersih dah tiada sampah sarap bertaburan... kalau tidak.... kutipppp
 
  • semi d di puncak iskandar - ada contohnya di rumah contoh seperti di atas.  Rumah semi d di Puncak Seri Iskandar untuk fasa 1 rasanya dah tinggal sikit lagi, kalau nak banyak tunggu fasa dua.  Nak tau lebih lanjut?... google jer 'mrcb seri iskandar' mesti jumpa gambar rumah contoh... dari blog @yangbaik pun ada gak. hikhikhik
 
  • contoh lanskap - jawapan sama juga di atas atau 'sda'.  Nak jumpa pensyarah lanskap ler ingat minta idea untuk masukkan dalam cerita di blog @yangbaik.  Tak lah bila pengunjung tiba hampa jer sebab tak der gambar atau cerita menarik mengenai lanskap di sini... ciput jer.
 
  • blog yang popular 2012 - banyak blog yang popular nak cari mana satu... dan yang pastinya blog @yangbaik belum lagi popular untuk tahun 2012 next year boleh jadi jugak... hehehe
 
  • blog-kutuk redmummy - ada ke kutuk kutuk blog orang, itu dia punya pasal la... Nak kutuk-kutuk pula, tak baik ler.  Opss!
 
  • cara mengemas dapur - nak mengemas yer... meh tengok kat siniDapur rumah @yangbaik takder la besar mana tapi barangnya berkotak-kotak so simpan jer dalam kotak tu sesekali kena tengok juga kot-kot satgi ada pula 'mak menti' atau 'cikpas' bersarang dalam kotak tu.
 
  • gambar kereta kenari rs - gambar kereta kenari tu ada tapi tak tau la kenari rs ke ape.  Dahulunya yangbaik ada juga mengidamkan kenari merah, tetapi lepas dengar cerita macam-macam dari encik suami langsung tak jadik.... huuuu... eeieieiei
 
  • hotel berhampiran felcra nasaruddin bota - Hotel Putra Iskandar - the one and only buat masa ni terletak di Bandar Seri Iskandar.  Mungkin tahun depan akan tumbuh lagi satu hotel besar.  Tiada gambar atau cerita sebab tak pernah buat lagi cerita berkenaan Hotel Putra Iskandar.
 
  • jenis jenis ap di malaysia - ap tu Approve Permits untuk import kereta mewah ke sejenis telefon android.  Apa-apa saja lah... asalkan korang jumpa apa yang korang carik...


Sekian, adanya.  Suka Duka Pentas Dunia.

Carian