Pengikut Setia

21 Disember 2017

Salam Pagi Khamis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Pagi Khamis


Syukur alhamdulillah, pada hari kedua di bulan Rabiul Akhir ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab.  Amanah tugas kepada majikan dan juga amanah yang penting dalam keluarga.  Tidak ketinggalan amanah kepada diri sendiri.




Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikannay rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya" (Surah At Talaq, ayat 2-3)


Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini.  



20 Disember 2017

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0



Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.

Jim's Birthday Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jim's Birthday Giveaway


Tetiba ada pula terjumpa entri giveaway.  Maka untuk hari ni dapatlah join giveaway.
Nak kata tetiba tu tak juga... sebab dah cari jumpalah kalau tak cari memang tak jumpa.
Ikut nasib juba kadang-kadang cari tapi jumpa yang tak berkenan dek hati ... lalu tak join.
Kali ini rasa bersemangat pula nak join Jim's Birthday Giveaway, sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger yang baru dikenali.  Juga bersempena dengan birthdaynya yang akan tiba tidak lama lagi.  Bila?  Biarkan saja tuan punya blog yang inform.

Okey, sekarang mari kita tengok ada apa dengan Jim's Birthday Giveaway.


Jim's Birthday Giveaway

Pertamanya klik banner di atas untuk dapatkan maklumat lanjut.

Keduanya, Jim's Birthday Giveaway dijangka tamat pada 18 Januari 2018.  Makanya masih ada masa lagi untuk join dan meraikan birthday Jim... hehehe

Ketiga, terima kasih kepada semua yang sudi beri sokongan ke atas entri ini.  Jom kita ramai-ramai meraikan Jim's Birthday Giveaway.


Carian