Pengikut Setia

17 September 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES


Hai, apa khabar semua.  Agak lewat pula YangBaik berentri di blog hari ini, sudahlah semalam langsung tak ada entri.  Ada ke yang tertunggu-tunggu apa entri dari YangBaik?  Huhhh ... perasan jer kan.  Blog picisan macam ni tak adalah yang tertunggu-tunggu kan.  Ada ke tidak macam tak wujud jer.  Oppss.... kepada rakan blogger yang singgah semalam dan hari ini sertai hari-hari yang akan datang... terima kasih diucapkan.

Hari ini YangBaik join giveaway yang dianjurkan rakan blogger Anies.  Tudung Aidijuma Giveaway diberi nama.  Best ke pakai tudung Aidijuma?  Hanya yang menjadi pelanggan dan pengguna setia Aidijuma saja yang tahu.  Jadi sesiapa yang belum tahu dan belum cuba, nak beli tak tahu kat mana, meh join giveaway ini.  Mana tahu ada rezeki dan tuah, menang pula tudung lejen Aidijuma.


Untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai Tudung aidijuma Giveaway by Anies, sila klik banner di atas.  Jangan segan-segan yer.  

Hadiah:  Aidijuma Green Label Design


Di atas adalah antara hadiah yang bakal diterima oleh rakan blogger yang bertuah.  Untung badan dekkk... Mana nak dapat tudung percuma.  Tapi kan... korang jangan marah-marah pula bila tidak dapat tudung percuma di atas tu.  Kita join giveaway bukan sekadar nak menang tetapi untuk menambah kenalan serta merapakan ukhuwah sesama kita.

Pengalaman menarik mengenai tudung


Banyak pengalaman YangBaik mengenai pemakaian tudung.  Antaranya sejarah pemakaian tudung yang bermula dari sekolah menengah ketika Form 2.  Walaupun sebenarnya sejak sekolah rendah dah berminat dengan tudung tetapi mungkin juga disebabkan ketika itu pemakaian tudung di sekolah tidak 'wajib' maka semangat nak bertudung tu tak berapa kuat.  Walaupun setiap kali kelas Agama Islam ada dikaitkan dengan perempuan yang tidak bertudung.  Naif sungguh ketika itu.

Ketika sekolah tudung yang biasa dipakai selain dari tudung sekolah adalah tudung bawal.  Seperti yang dipopularkan sekarang oleh Aidijuma.  Masih ada lagi sehelai tudung yang menjadi kenangan dipakai setiap kali pelajaran PJ (Pendidikan Jasmani).  Kalau nak pakai sekarang memang tidaklah sebab tudung ketika itu sekadar tutup kepala dan tidak sampai menutup leher apatah lagi tutup sehingga ke paras dada.  

Sedikit demi sedikit, perubahan bertudung berlaku seiring dengan kedewasaan akal fikiran.  

Koleksi tudung pada ketika itu sekitar awal tahun 90an tidak banyak pilihan.  Juga tidak banyak jenama.  Yang ada hanyalah jenama sendiri.  Beli kain polos dan jahit sendiri, sangat berbaloi-baloi.

Tidak seperti sekarang terdapat lambakan fesyen tudung dari yang berjenama, kontroversi serta jenama biasa-biasa.  Apa pun terpulang kepada hati dan naluri kita untuk membuat pilihan yang terbaik asalkan memakai tudung itu mematuhi syara' dan kehendak dalam Islam.

Demikianlah serba sedikit pengalaman YangBaik mengenai tudung.  

Nak tahu apa lagi pengalaman rakan blogger mengenai tudung kenalah join giveaway ini.

Apa lagi... klik banner di atas segera.

Giveaway ini tamat pada 24/9/2015.



15 September 2015

Rezeki mana kena tolak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rezeki mana kena tolak


Biasa kita dengar "rezeki jangan ditolak, maut jangan ditempah".  Satu ungkapan yang lazimnya kita kaitkan bila kita mendapat seuatu pemberian.  Kita tidak mampu menolak seuatu pemberian orang bilamana kita dalam keadaan serba salah, bila kita tolak orang akan berkecil hati, bila kita menerima bimbang pula kita tidak mampu menampung.  

Doa Mudah Rezeki
Doa Mudah Rezeki.  Sekadar hiasan

Dalam keadaan tertentu kita terpaksa menolak seuatu pemberian, telahpun dijelaskan mengapa kita tidak perlu tetapi... tetap juga kita diberi.  Maka, bagaimana pula kita hendak menolak lagi.  Di sinilah peranan kita untuk berbuat baik dan berbaik sangka sesama manusia.  

Jika kita telah menerima sesuatu pemberian tetapi kita merasakan ia bukan pada masa yang sesuai atau belum masanya untuk kita menggunakannya, adakah kita akan memanjangkan pemberian itu pada orang lain?  Pastinya kita akan memikirkan bahawa adakah orang lain itu akan menerima pemberian kita.  

Jadi kita sebetulnya tidak wajar berkecil hati jika pemberian kita tidak dapat diterima oleh orang lain kerana ada masa kita juga tidak dapat menerima pemberian dari orang.

Hanya satu pemberian yang kita wajar menolaknya adalah apabila pemberian itu berupa ilmu yang tidak bermanfaat buat dunia dan akhirat kita.

Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik buat kita.  Sentiasalah bertawakkal kepadaNya.


CPUV September 2015 | Konflik blog?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV September 2015


Terasa lama sangat tak update cerita mengenai CPUV.  Sesekali terfikir juga untuk biarkan saja CPUV Nuffnang berlalu pergi.  Mana tidaknya berhari-hari menunggu timbulnya iklan Nuffnang tak juga timbul.  Entah di mana silapnya YangBaik tidak pasti.  Ada juga terlintas nak menarik diri dari Nuffnang.

Nak tahu juga ke mana perginya iklan Nuffnang, tidak timbul-timbul. Adakah dia yang merajuk atau YangBaik yang tak reti nak pujuk... oowwhhh... tak romantik langsung nak pujuk-pujuk nie...

Dijadikan cerita, selama ini YangBaik sentiasa update blog dan blogwalking juga menggunakan khidmat encik Google Chrome.  Rasanya ada konflik kot antara blogspot dengan Google Chrome dan Nuffnang. Saban hari blogging tak kelihatan pula iklan Nuffnang berkeliaran di blog rakan blogger apatah lagi di blog YangBaik.  Tetapi ada juga rakan blogger yang update entri mengenai iklan CPUV.  Bagaimana dan di mana pula mereka berjumpa dengan Nuffnang, sedangkan YangBaik agak lama juga tidak berjumpa dengan Nuffnang.

Hari ini, YangBaik cuba bertukar pula dari Google Chrome kepada Microsoft Edge.  Haa... baru dapat jumpa dengan Nuffnang dan update kedudukan Nuffnang di blog.  Memang tak banyak lah earning yang dapat dari Nuffnang sebab YangBaik bubarkan sementera widget Nuffnang, bila nak letak semula tak boleh buka pula Nuffnang semuanya gara-gara Goggle Chrome.  Adoiii

CPUV September 2015
CPUV September 2015

Inilah hasilnya.  CPUV yang melekat di blog YangBaik.  Bermula dengan Dove Hair Campaign pada 1 September 2015 diikuti The Face Shop pada 3 September 2015 dan terakhir Welcome to Shell Campaign pada 7 September 2015.  Hari ini mungkin kah CPUV akan bertambah lagi?  Nantikan kemunculannya.

Sesuatu perlu dilakukan.  Agaknya ada tak dari kalangan Rakan blogger yang berhadapan dengan situasi yang serupa?   Boleh kongsikan di sini.


Carian