Pengikut Setia

14 September 2015

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa


Selamat pagi semua.  Awak apa khabar?  Jom ikut YangBaik sekali lagi join giveaway.  Giveaway kali ini agak unik dan menarik.  Jarang-jarang jumpa giveaway macam nie.  Kot-kot lepas ni semakin banyak rakan blogger anjurkan giveaway macam nie ... jadi trending pulak.

Nak tahu giveaway apa?  Inilah Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa.  Giveaway yang dianjurkan oleh Madam Nissa.  Khabarnya dahulu seorang guru bahasa Inggeris di salah sebuah IPTA.  Sekarang dah jadi blogger pula... 


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa
Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Kita tengok apa kata Madam Nissa mengenai giveaway kali ini.

"Nisa dengan rendah hatinya menjemput anda semua untuk sama sama memeriahkan lagi Giveaway ini disamping menjadikan ia satu platform untuk memudahkan anda blogwalking rakan rakan blogger yang hebat hebat diluar sana dengan harapan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame kita. In Sha Allah."

Ha... kan begitu lah dalam dunia blogging saling berkenalan di alam maya dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Madam Nissa menawarkan 8 pilihan hadiah.  Rakan blogger perlu membuat pilihan sendiri hadiah yang diinginkan berdasarkan nombor pada gambar yang diberikan.

Nak tahu nombor apa dan gambar apa?  

Jom klik banner di atas.

Giveaway ini tamat pada 29 September 2015.

Marilah kita meriahkan giveaway ini sambil berkenalan sesama rakan blogger.



13 September 2015

Berzikirlah setiap hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berzikirlah setiap hari


Setiap masa yang terluang hendaknya diisikan dengan perkara yang berfaedah.  Sebaiknya elakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau mendatangkan dosa secara tidak sengaja. Kelapangan yang diberikan Allah itu banyak faedahnya.  Penuhkan masa lapang dengan berzikir.

Berzikirlah
Berzikirlah
Berzikirlah setiap hari, agar semakin segar, semakin rimbun, semakin subut taman kita di syurga sana.

Subhanallah
Subhanallah

Zikir



12 September 2015

Ketika aku lupa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ketika aku lupa


Kita ini insan biasa tidak lari dari sikap dan sifat pelupa.  Kadang-kadang sengaja buat-buat lupa hingga terbawa-bawa kepada terus lupa.  Kadang-kadang kita sengaja tidak mahu ingat kerana tidak mahu hari terluka lagi.  Kita perlu jaga hati kita agar tidak terluka.

Tetapi kita harus segera sedar jangan sampai selamanya asyik terlupa.

Ketika aku lupa
Ketika aku lupa

Ya Allah
Jika saat ini aku lupa dan leka dengan nikmat duniawi
Engkau tegurlah aku (dengan teguran yang paling indah) agar aku tidak hanyut dibawa arus yang menyesatkan

Ya Allah
jika hari ini aku jatuh
Engkau bantulah aku (dengan sebaik-baik bantuan) agar dapat aku berdiri semula

Ya Allah
jika hambaMu ini penuh dengan dosa
Engkau sucikanlah dan ampunilah segala dosa-dosaku

Ya Allah
berilah aku hidayahMu dan jadikan aku hambaMu yang bertaqwa
sentiasa redha dan bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan.

Semoga keindahan dan rahmatMu sentiasa mengiringi setiap langkah hidupku.




Carian