Pengikut Setia

07 Mei 2015

Berkongsi kemanisan dalam dunia blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kemanisan dan dunia blogging


Dalam setiap detik hidup kita pastinya tidak lari dari pelbagai ujian dan cabaran.  Ada antara ujian can cabaran yang manis-manis seperti madu dan gula.  Tidak kurang juga ada yang pahit maung lebih dari hempedu.  Ha... kan ambik kau.

Ahkak nak cerita yang sebenarnya dalam dunia blogging pun ada juga ada pahit dan manis, suka dan duka serta malas dan rajin.  Semua tu memberi kekuatan dan semangat kepada blogger sama ada untuk terus berblogging atau hentikan saja hasrat berblogging.  Terpulang kepada kehendak masing-masing.


06 Mei 2015

Peristiwa bergambar pada 6 Mei 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peristiwa bergambar pada 6 Mei 2015



Doa sempena hari lahir


05 Mei 2015

PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA MERRYFENDY SIMPLE BLOGS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA MERRYFENDY SIMPLE BLOGS


Syukur Alhamdulillah, rezeki berblogging juga bersempena dengan bulan kelahiran.  Sekali lagi terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk Giveaway Mudah di MerryFendy Simple Blogs. Giveaway berkenaan telah berlangsung mulai 10 hingga 30 April 2015 dan hanya pada 16 April 2015 baru YangBaik sempat join.

Begitulah resam dunia, ada ketika kita terpilih dan ada ketika peluang itu adalah milik orang lain. Putaran itu sentiasa bertukar dan bersilih ganti.  Walau apapun persahabatan tetap juga penting selain daripada menambah kenalan.  Hadiah itu satu anugerah dan bonus yang hadir bersama rezeki. :D


Senarai Pemenang


Carian