Pengikut Setia

07 Oktober 2014

Giveaway Pertama SitiSab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Pertama SitiSab



Teruja pula nak join 1st GA blogger comel yang menamakan blognya sebagai Siti Sab.
Dah ramai kenalan dari rakan blogger yang comel-comel tetapi saya belum lagi berkesempatan berkenalan lebih rapat dengan mereka.  

Tak sempat nak cerita panjang lebar, moh kembali semula kepada GA.  Bagi memenuhi syarat GA seterusnya, saya tag rakan blogger berikut:

dan
ANDA SEMUA YANG SEDANG MEMBACA BLOG INI :-)

Giveaway ini dijangka tamat 3 November 2014. - dilanjutkan sehingga 21 November 2014.

Cepat-cepat klik banner di atas untuk turut serta memeriahkan GA.

Selamat buat semua.

(*-*)

Mentaliti itu hak ekslusif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mentaliti itu hak ekslusif

sumber gambar:  google.com (mentaliti)


Menurut takrifan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir; daya fikir. Mentaliti juga merupakan kaedah atau cara berfikir, keadaan akal atau kebolehan berfikir. Mentaliti juga berasal dari Bahasa Inggeris yang bersinonim dengan minda,pemikirancara berfikirsikapsifatpandangan hidup.

Semua maksud itu membawa kepada cara kita menerima dan bertindak ke atas sesuatu isu, pesanan atau arahan.  Dalam keadaan tertentu tidak semua isu itu berkaitan secara langsung dengan kita tetapi tidak salah untuk kita mengambil tahu sedikit untuk menambah pengetahuan dan bukan bermaksud untuk "jaga tepi kain orang".  Jika ianya tidak penting tidak perlu ambil kisah pun.

Tetapi apa yang menjadi isu utama dan perlu dibahaskan adalah apabila sesuatu isu, pesanan dan arahan itu memang khusus didatangkan untuk kita, maka mahu atau tidak kita perlu hadamkan pesanan itu dan bertindaklah dengan cara yang lebih pro-aktif dan pantas sepantas mungkin yang kita mampu bukannya ambil tindakan sambil "lewa".  Kesannya mungkin tidak datang secara langsung kepada orang yang menerima arahan tetapi kepada orang yang memberi arahan.  

Sejauh mana keberkesanan arahan dan pesanan yang disampaikan?

Adakah perlu disusul setiap masa supaya arahan tadi difahami dan digerakkan?

Terpulang kepada kita untuk menilai sejauh mana mentaliti dan penerimaan kita.

Semoga kita sentiasa perbaiki minda dan mentaliti kita ke arah yang lebih baik.

(8-8)




Kembali semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kembali semula


Ewah... tajuk memang tak boleh pakai sangat.

Hari ini kembali semula bekerja setelah bercuti selama 3 hari.  3 hari sahaja, cukuplah.

Semoga pekerjaan hari ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.


Carian