Peranan saya sebagai blogger Malaysia
Sebagai seorang blogger banyak sebenarnya peranan yang boleh dimainkan untuk menzahirkan 'Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'.
Antara peranan saya sebagai blogger Malaysia adalah dengan memberi sokongan kepada Rakan Blogger yang menganjurkan segmen atau giveaway yang berkaitan dengan Kemerdekaan Malaysia.
Berikut adalah segmen yang telah saya sertai
1. Giveaway Merdeka Lestari (31/8/2014)
2. Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia (16/9/2014)
3. termasuk juga segmen ini...
Melalui blog saya juga pernah mengeluarkan entri berkaitan Malaysia antaranya:
1. Saya Sayang Malaysia
2. Malaysia! Jom Mengundi
3. Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
4. AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
5. Top Blogger Malaysia 2011
6. 16 September 2013 | Hari Malaysia yang ke-50
7. Perodua Kenari Kereta Kompak untuk keluarga Malaysia
8. Wordless Wednesday: Wajah Perdana Menteri Malaysia ke-6
Walaupun tidak banyak yang dapat saya buat kerana kekangan tugas dan masa. Namun yang penting rasa cinta kepada negara sudah pasti bersemadi dalam darah daging ini kerana Malaysia Tanah Airku, Tanah tumpahnya darahku. Di sini lahirnya sebuah cinta seorang blogger, dan lahirnya cinta itu turut diadaptasikan melalui karya-karya picisan yang sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat cintakan tanah airnya yang tercinta. Bagi saya karya yang dihasilkan tidak semestinya panjang lebar seperti menghasilkan esei atau rencana tetapi karya yang pendek tetapi dekat dengan penulisnya, mudah difahami dan pengisiannya tidak terlalu ilmiah seperti jurnal akademik.
Sebagai seorang blogger, hasrat untuk membuat header atau background berasaskan kemerdekaan tetapi ada, tetapi saya bukanlah seorang designer blogger, lantaran itu hasrat itu dipendamkan sahaja. Maka dengan masa dan ruang yang terbatas inilah saya berblogging.
Walaupun tidak mudah sebenarnya untuk menghasilkan entri dengan ruang masa yang agak terbatas tetapi usaha tetap diteruskan sebagai tanda bahawa saya sentiasa bersama blogger Malaysia lain yang sayang dan cintakan negara. Saya juga pasti rakan blogger Malaysia juga mempunyai cara mereka tersendiri untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara Malaysia.
Saya bukanlah pahlawan yang gagah menghulur senjata, bukan juga perwira yang gagah di perbatasan tetapi saya sebagai rakyat Malaysia tetap cintakan Malaysia.
Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta.
Jom meriahkan segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.