Pengikut Setia

14 September 2013

Selamat bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Bercuti.  Hari Sabtu, Ahad dan Isnin 16 September adalah Hari Malaysia.  
3 hari cuti umum yang panjang tetapi belum tentu ada orang dapat bercuti 3 hari.


Cerita ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan gambar di atas.  Setelah penat bekerja ambil masa dan peluang untuk bercuti.  Yang penting semua urusan penting diselesaikan.  Jangan pula ambil kesempatan untuk bercuti semasa orang sedang sibuk menyelesaikan tugasan penting... Awas!

Entahlah dah penat agaknya nak fikir apa yang ditulis.  Kadang-kadang macam tulis entry syok sendiri... memang gila kentang!


Cerita yang didengar belum tentu benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malam gelap menampakkan sinar bintang.  Gambar hiasan.



Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.
(HR Muslim)

13 September 2013

Manusia yang efektif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak35 sekadar hiasan,  corak ini tiada nama.  


Manusia yang efektif.  Tidak tahulah apa kaitannya Manusia yang efektif dengan gambar corak di atas.  Yang pastinya corak padanan warna nama macam serasi. eh eh... puji sendiri pulak.

Nak memulakan cerita memang sesuatu yang sukar.  Tambahan pula dengan tajuk yang macamlah 'killer' sangat.  Pandai-pandai jer buat tajuk macam tu.  Dah dapat tajuk tak tahu pula nak tulis apa.

Bagaimana tajuk Manusia yang efektif diperolehi?

Sudah agak lama sebenarnya kedengaran tajuk sebegitu... selalunya ahli motivasi sering menggunakan petikan perkataan berkenaan.  Dan dalam sebulan dua ini kedengaran lagi ungkapan itu sehinggalah ke hari ini.  Kalau dahulunya memang suka dengan ungkapan itu.  Tetapi sekarang tidak berapa suka dengan perkaitan antara ungkapan itu dengan suasana kerja sekarang.

Pernah ditanya kepada seseorang yang turut seringkali mengeluarkan kata-kata dan ungkapan itu.  Mengapa dikatakan manusia itu manusia yang efektif?

Jawabnya ringkas saja.  Manusia yang efektif adalah manusia yang bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa membawa kerja balik ke rumah dan tidak balik ke rumah lewat dari jam 5.00 petang.

Kalian setuju ke dengan penerangan di atas?  Kalau setuju memang respect habislah.  Boleh kasi tabik spring gitu... nak bagi tabik search tak boleh la sebab tak jumpa lagi kat mana-mana.



gambar kasut sekolah Alif yang dibeli pada awal tahun 2013.  Motif?  Jom ke sekolah!!!


Layan lah sekejap zaman sekolah dulu-dulu.  Boleh jer balik awal waktu.  Cukup masa balik... semua balik.  Kalau tak sempat buat kerja kat sekolah sambung pula di rumah... efektif ke masa zaman sekolah dulu?

Alam pekerjaan sekarang tidak tahulah sejauh mana efektifnya ungkapan sedemikian.  Ungkapan apa?  Manusia yang efektif adalah manusia yang mampu balik rumah sebaik saja jam 5.00 petang (selepas tamat waktu kerja rasmi).

Boleh la balik jam 5.00 petang kalau semua dah siap.  Habis kita yang kerja datang berjela-jela tak henti-henti ni. Boleh balik jam 5.00 petang?  Alamatnya esok bertimbun semula la.

Kalau sesekali balik kerja awal (ikut waktu kerja sebenar) memang cukup bagus janji longgokan kerja atas meja sudah siap.  Jadinya!!! Tolonglah tidak semua orang boleh bekerja 8 jam saja sehari... kadang-kadang kena lebih sejam setengah... supaya tiada backdate.  Betulke istilah ni.

Saja la kan nak lepas tension jap.  Bukan apa jeles juga bila tengok ofismate balik ikut waktunya.

Sesekali mengukir rasa di kanvas maya ini lega sikit.  Tiada orang bacapun tidak mengapa asalkan aye bahagia. :P


gambar hiasan lagi... hasil kerjatangan Alif.


Suka duka pentas dunia.

Carian