sumber: www.facebook.com/irfankhairi.fb
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
17 Julai 2013
16 Julai 2013
Pengalaman ketika berbuka puasa
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
![]() |
| Gangguan anak kecil semasa berbuka puasa adalah lumrah dan berlaku hanya ketika mereka kecil sahaja. Bila dah dewasa tiada lagi pengalaman gangguan. Gambar hiasan |
Pengalaman berbuka puasa dengan anak-anak semasa kecil sungguh luar biasa. Kerana situasi sebegini tidak akan berlaku lagi apabila mereka sudah dewasa. Dan... ketika itu kita pasti akan terasa rindu dengan pengalaman lalu yang datangnya hanya sekali dan tak mungkin berulang lagi.
Begitu juga ketika kita kecil, mungkin sekarang tidak ingat lagi apa yang telah kita lakukan semasa ibu bapa kita berbuka puasa. Paling tidak ingatan yang masih segar atau tinggal cebisan kenangan adalah ketika sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
Agaknya bagaimana pula kesabaran ibu bapa berhadapan dengan kerenah kita semasa kecil ketika mereka berbuka puasa. Memang kita tidak ingat apa-apa. Bagi aye sekarang baru teringat nak tanya tapi .... sudah terlambat kerana 'penyimpan' rahsia itu telahpun pergi bertemu penciptanya pada 2 Ramadhan yang lepas.
Pengalaman masa lalu sungguh berharga. Mungkin juga semasa kita berhadapan dengan pengalaman itu kita tidak sedar. Jadi adalah baik kita sentiasa berkelakuan baik agar pengalaman itu dapat dikongsikan dengan anak cucu kita. Pengalaman yang baik sudah pasti memberikan kesan yang baik kepada generasi akan datang. Sebaliknya pengalaman yang tidak baik itu sebaiknya disimpan jauh agar Allah memeliharanya. Tidak perlu di ungkit-ungkit lagi.
Untuk itu, hargailah pengalaman yang anda lalui sekarang.
Panjang pula celoteh malam ini. Semoga tiada yang jemu atau bosan.
Tidak suka tetapi terpaksa buat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tidak suka tetapi terpaksa buat juga.
Dalam sesetengah situasi kita memang tidak suka memberi amaran atau arahan kepada seseorang tetapi bila perjalanan urusan itu kelihatan seperti pincang dan tergendala, maka memang terpaksa bagi arahan dan amaran.
Kita andaikan bahawa kita juga tidak suka terima arahan atau amaran tambahan lagi surat amaran atau surat peringatan. Memang tidak suka langsung. Begitulah juga kita andaikan orang lain juga begitu.
Kita andaikan bahawa senarai tugas yang diberikan sudah jelas bila diikuti dengan pertemuan dan perbincangan 'face to face'.
Kita harap penjelasan yang diberikan tidak memerlukan kita mengeluarkan surat arahan atau surat peringatan. Kerana semua orang sudah tahu dan mahir dengan tugasnya. Sedikit kesilapan sesekali boleh dimaafkan.
Tetapi untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya bukanlah semudah membuat perjumpaan atau perbincangan. Ia lebih dari itu, menuntut kesabaran, kekuatan semangat dan kecekalan hati.
Bahkan lebih dari itu, kita memerlukan semangat dan kejujuran yang tinggi dalam membuat penilaian ke atas perlaksanaan sesuatu tanggungjawab.
Semoga apa yang dilakukan pada hari ini adalah yang terbaik untuk semua pihak dan tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian.
Sabarlah hati...
(*-*)
Langgan:
Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
motivasi
Blogger
Muhasabah diri
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA





