As salam,
1. ramai orang suka berkawan dan bercerita. maka dengan itu facebook adalah medan yang popular untuk melaksanakan hobi itu.
2. ramai orang juga ada facebook dan twitter dan tak kurang juga blog. semua itu medan untuk bercerita dan mencari kawan juga dengan agenda yang tersendiri sama ada untuk popular atau sekadar meluahkan rasa hati dan perasaan yang tersimpan.
3. gangguan pada notebook ini menyekat hasrat hati yang terpendam... tengok...
4. kembali ke jalan cerita asal... ada juga dikalangan orang ramai yang bekerja... dan hobi serta minatnya itu mengganggu masa kerja... aye? tidak lah sebab sekarang ni sedang bercuti... ganggu juga sebab tujuan cuti adalah untuk berehat tapi online pulak...hmmm
5. sedar atau tidak semasa kita online kita sebenarnya sedang dipantau... jika tidak oleh bos oleh kawan bos atau gundik bos (gundik? ... orang suruhan atau orang harapan bos).
6. online semasa waktu kerja adalah sangat tidak sesuai jika ianya untuk tujuan peribadi dan bukan kerana urusan rasmi...
aduss... pedasnya...
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
26 November 2012
Peluang memajukan diri
As salam,
1. Tidak mudah mendapat peluang untuk memajukan diri.
2. Tidak semua orang berpeluang memajukan diri dan tidak juga semua mampu menggunakan peluang memajukan diri dengan sebaiknya.
3. Peluang yang diberikan bukan percuma sebaliknya harus dibayar dengan usaha dan pengorbanan.
4. Bila dah dapat peluang jangan salah guna dan jangan sesekali merendahkan orang lain yang tidak dapat peluang atau tidak guna peluang yang diberikan.
5. Kita biasa dengar atau baca peluang yang diberikan bukan selalu tetapi bila datangnya kadang-kadang tanpa disedari hanya setelah peluang itu pergi baru perasan.
6. Peluang juga seringkali tidak datang bergolek sebaliknya harus dicari dan dikejar.
7. Namun tidak semestinya peluang yang dihulur itu sesuai dengan keupayaan kita dan dengan itu harus teliti dalam setiap peluang yang tiba.
Sekian.

25 November 2012
KEPERLUAN DAN AMALAN BERPANTANG SETELAH MELAHIRKAN ANAK: ANTARA MITOS DAN REALITI
As salam,
PENGENALAN
Amalan berpantang setelah melahirkan. Mengapa setelah melahirkan dan tidak setelah bersalin. Kedua-dua perkataan tersebut memberikan sedikit dilema kerana maksud bagi setiap perkataan adakalanya memberikan pengertian yang berbeza. Bila ditulis sebagai setelah bersalin, maka kelak akan disambung pula dengan ~bersalin pakaian tetapi bila ditulis setelah melahirkan, maka akan ditempelak juga dengan ~melahirkan album. Jadi, untuk apa juga perkataan ia mempunyai erti dan maksud yang berbeza.
Catatan ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan juga pandangan insan sekeliling yang rasanya boleh digunapakai dan dijadikan panduan. Tidaklah bermaksud semua pandangan dan pengalaman orang lain itu boleh diterima oleh semua orang tetapi boleh diterima sekiranya ia adalah bersesuaian dan ianya telah menjadi konvensyen bagi orang Melayu yakni boleh diterima dan diamalkan.
Pengalaman peribadi tidaklah banyak mana tetapi cukup untuk berkongsi segala amalan yang telah diamalkan sepanjang tempoh berpantang bagi 4 orang anak. Memang pengalaman ini tidak banyak kerana 4 orang anak bermakna 4 pengalaman yang berbeza serta tidak setanding dengan ibu-ibu yang terdahulu yang mempunyai lebih dari 10 orang anak sudah tentu lagi banyak pengalaman yang berbeza bagi setiap kelahiran. Namun, pengalaman ini adalah cantuman bagi semua kelahiran dan dijadikan rujukan untuk masa-masa akan datang.
Tidak semestinya catatan pengalaman yang cetek ini boleh terus diterima sebaliknya sebagai garis sempadan dalam menempuh kehidupan di dunia.
Tempoh berpantang biasanya adalah 44 hari dalam tempoh tersebut terdapat amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh ibu dan juga bayi. Walaupun tidak semua orang mampu melakukannya tetapi terpaksa lakukan untuk kesihatan dan kekuatan diri pada masa akan datang. Bak kata orang-orang tua “Badan kita ni nak gunanya lama lagi, bukan sehari dua”.
P/S: Siri ini akan bersambung lagi dengan tajuk lain, antaranya Keperluan kelengkapan berpantang, Amalan Berpantang, Berpantang bagi Ibu dan Bayi. Mohon berikan juga maklumbalas di ruangan ulasan. Terima kasih

Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA