Pengikut Setia

08 September 2012

Resipi cinta mengelak retak menanti belah

As salam,


Pecah menanti sebab, retak menanti belah.  Peribahasa berkenaan menggambarkan sesuatu yang pasti terjadi.  Walaupun begitu tidak semestinya retak itu akan terbelah.  Apa pun yang terjadi berpunca juga dari kebijaksanaan seseorang dalam menangani masalah atau sesuatu situasi.

Apa yang penting dalam mengharungi kehidupan adalah kesabaran dan kesediaan menerima kekurangan orang lain serta menerima apa juga teguran dengan berlapang dada serta bersedia berubah.  Berat tu... Memang berat dan sukar kan?  Tetapi percayalah dalam keberatan dan kesukaran itu kita akan temui kebahagiaan yang kita sendiri kadang-kadang sukar fahami.


Resepi cinta ini tidaklah semanis kurma atau sehebat cinta bidadari namun ramuannya sedikit sebanyak boleh juga membantu melegakan kepanasan dalam hidup berumahtangga. 

Antara ramuan utama adalah kesabaran dan kesetiaan serta rasa hormat kepada pasangan tanpa mengira pangkat atau darjat.  Selain dari itu tidak kurang penting adalah keimanan dan ketakwaan kepada Pencipta dan RasulNya mampu menghilangan rasa marah yang membuak-buak dan meredakan kepanasan hati.

Tips yang tidak kurang penting adalah, setiap kali keluar atau pulang ke rumah berilah salam kepada ahli keluarga atau penghuni yang ada di dalam rumah kita. Ramuan ini jarang digunakan namun ia turut menyumbang kepada kemanisan dalam berumahtangga.

Sedikit kepahitan seperti kekurangan pasangan dapat diatasi dengan bersedia menerima kekurangannya disamping muhasabah diri bahawa kita sendiri juga punya kekurangan dan kekurangan itu sepatutnya dapat diatasi dengan saling bantu membantu dalam menghadapi kesukaran.

Gurau senda serta manisnya kenangan lalu sepatutnya dijadikan sandaran ketika rasa keciwa mula menjelma.

Semoga dengan resepi yang tidak seberapanya ini mampu melengkapi menu kehidupan harian.






'suka duka pentas dunia'

07 September 2012

Hilang

As salam

Sekali lagi ia hilang
hilang dari ingatan
hilang dari pandangan


di mana ia menghilang
puas menanti kepulangan
namun tak jua muncul
tak juga tiba

sungguh kejam
kehilangan itu menjerut sejuta rasa
mencekik seluruh hela nafas

06 September 2012

Mesti balik juga dan tips untuk berjaya sebagai pengurus

As salam

Mesti balik juga.  Di rumah menanti dan pejabat pula kerja memang lah sentiasa menunggu dan sampai bila pun tak siap cuma tak sampai hati nak biarkan tak siap maklumlah tak berapa minggu lagi harus dan wajib bercuti panjang.

Akhirnya balik juga ke rumah walaupun kerja di atas meja pejabat tak selesai lagi... tinggalkan nota untuk makluman tugas esok pula biar tidak terlupa akan tugas yang harus dilaksanakan.

Teringat ada satu kisah berkenaan kisah kejayaan korporat terkenal dunia bagaimana mereka membahagikan tugas dan merencanakan tugas mereka.  Tetapi yangbaik tak berapa ingat pula siapa dan yang mana satu.






Antara tips berkenaan adalah :

1.  Seorang merencanakan atau merancang tugas penting petang ini untuk dilaksanakan pada hari esoknya.
2.  Seorang lagi merancang tugasnya pada hari yang sama sebelum masuk kerja.






Kesimpulan:
Memang terdapat perbezaan antara mereka tetapi apa yang sama adalah mereka memastikan senarai tugas yang dilaksanakan itu tidak lebih atau kurang dari 5 tugas utama.  Bagi yangbaik perancangan mereka itu menjadi perangsang dan pembakar semangat untuk tugas harian.  Bezanya kita yang kurang berjaya ini kadang-kadang terbabas dari membuat perancangan dan melaksanakan perancangan tugas tersebut.  Namun usaha harus ada untuk melakukan yang terbaik dan tidak membiarkan hari-hari yang dilalui kosong tanpa perancangan.


'suka duka pentas dunia'

Carian