As salam,
Pecah menanti sebab, retak menanti belah. Peribahasa berkenaan menggambarkan sesuatu yang pasti terjadi. Walaupun begitu tidak semestinya retak itu akan terbelah. Apa pun yang terjadi berpunca juga dari kebijaksanaan seseorang dalam menangani masalah atau sesuatu situasi.
Apa yang penting dalam mengharungi kehidupan adalah kesabaran dan kesediaan menerima kekurangan orang lain serta menerima apa juga teguran dengan berlapang dada serta bersedia berubah. Berat tu... Memang berat dan sukar kan? Tetapi percayalah dalam keberatan dan kesukaran itu kita akan temui kebahagiaan yang kita sendiri kadang-kadang sukar fahami.
Resepi cinta ini tidaklah semanis kurma atau sehebat cinta bidadari namun ramuannya sedikit sebanyak boleh juga membantu melegakan kepanasan dalam hidup berumahtangga.
Antara ramuan utama adalah kesabaran dan kesetiaan serta rasa hormat kepada pasangan tanpa mengira pangkat atau darjat. Selain dari itu tidak kurang penting adalah keimanan dan ketakwaan kepada Pencipta dan RasulNya mampu menghilangan rasa marah yang membuak-buak dan meredakan kepanasan hati.
Tips yang tidak kurang penting adalah, setiap kali keluar atau pulang ke rumah berilah salam kepada ahli keluarga atau penghuni yang ada di dalam rumah kita. Ramuan ini jarang digunakan namun ia turut menyumbang kepada kemanisan dalam berumahtangga.
Sedikit kepahitan seperti kekurangan pasangan dapat diatasi dengan bersedia menerima kekurangannya disamping muhasabah diri bahawa kita sendiri juga punya kekurangan dan kekurangan itu sepatutnya dapat diatasi dengan saling bantu membantu dalam menghadapi kesukaran.
Gurau senda serta manisnya kenangan lalu sepatutnya dijadikan sandaran ketika rasa keciwa mula menjelma.
Semoga dengan resepi yang tidak seberapanya ini mampu melengkapi menu kehidupan harian.
'suka duka pentas dunia'
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.