Pengikut Setia

25 Disember 2011

Bukan Review Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ini bukan kisah pengalaman menonton filem Ombak Rindu apatah lagi nak review filem Ombak Rindu yang mana kutipannya tentu amat memberangsangkan.

Novel Ombak Rindu juga belum baca lagi.  Terlihat juga kelibat novel tu kat ofis atas meja kerani, tetapi dengan wajah yang lama (cover version lama).

Sungguh kurang faham dengan filem Malaysia hari ini lebih banyak kepada filem cinta atau pun hantu.  Paling tidak kalau lain sikit pasal pergolakan samseng jalanan.

cukup dulu... entry ni entry tersentap....

24 Disember 2011

Reconstruction CS Rose Pink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Inilah gambaran kerja yang sedang dibangunkan semula.  Masih banyak yang perlu ditambahbaik, warna 'frame' nampak macam dah sesuai.  

Kerja-kerja menyiapkan CS Rose Pink ini tergendala agak lama kerana kehabisan benang serta kesilapan dalam menentukan warna serta lokasi benang.

Bagi mengatasinya, setelah disimpan sekian lama ia dikeluarkan semula malam tadi dan dibuat penandaan iaitu garis-garis putus, bagi memudahkan kerja-kerja menentukan tempat dan warna benang pada kain.  Sebelum ini memang tiada garisan putus (benang kait terpakai sebenarnya) pada rajah ini yang menyebabkan kelambatan menyiapkannya.

Masalah kedua kurang pasti pula, sebab harga benang dah naik kalau tak silap sehingga RM1.50 untuk segulung.  Walau apapun dalam tempoh ini perlu juga dapatkan benang-benang yang dah habis dan tak cukup bagi menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.  Kalau tidak siap juga tak dapat lihat hasilnya.

sekian.


.

Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar :  google.com (search imej selamat bercuti)

Selamat bercuti.  Walaupun sebahagian besar daripada yang bercuti bukan menyambut apa-apa perayaan tetapi telah dijadualkan untuk bercuti maka ambillah kesempatan ini untuk merehatkan diri bersama keluarga yang tersayang. 

Dalam masa yang sama manfaatkan masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah.  Nak tulis apa yang dikatakan berfaedah tu tidaklah sebab masing-masing dah besar panjang boleh fikir sendiri mana baik dan buruk serta faedah kepada diri dan orang sekeliling.

Sekian.

Carian