Pengikut Setia

15 September 2011

16 September Hari Malaysia Cuti Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


16 September 2011 (Jumaat) adalah Hari Malaysia.  Tahun ini merupakan tahun ke-2 sambutan Hari Malaysia dijadikan Cuti Umum.  Dan buat julung-julung kalinya sambutan Hari Malaysia pada tahun ini (2011) dirayakan bersama Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54.  Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.


Selamat Menyambut Hari Malaysia.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA!

Sandra Azwan is my 400th virtual friends

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Harus nampak dengan jelas angka 400 itu kerana ia adalah milik Sandra Azwan.  Hebat sangatkah Sandra Azwan sampai nak buat entry untuk dia.   Nak kata hebat nanti ada orang kata over acting pulak... apa pun nak dijadikan panjang punya jalan cerita ... after join the contest "Malaysia's Next Top Female Blogger 2011"... strightly sandra azwan jadi sahabat maya yangbaik... so.. it is fare and square... orang memberi kita merasa... tempias glamour... walaupun tak lah glamour setara mana ala-ala makan ikan gelama masak asam ada lah...

I have to say sorry here because the picture above actually I picked up yesterday.  Coz of work (schema reason) I manage to make the story today... huis... tergeliat jari ni nak menulis dah jadi macam patuk ayam la pulak... Kalau keme baca tu agak-agak broken sikit biasalah I'm not english family oriented.  Rojak languange oriented... hehehe.

Esok (16/9/2011) dah nak daftar Kursus Induksi Khusus di Pusat Latihan UiTM. Alamatnya lagi susah nak update blog...

Kalau kome ada baca ni... kita jumpa sana yer...

Sekian

*.*



>_<

~


14 September 2011

Yang ada di Surau itu hak milik awak seorang kah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Harta yang ada di surau itu biasanya bukanlah hal milik individu terutama yang diwakafkan seperti telekung, sejadah, rak kain dan cermin muka.

Ada pula seorang hamba ini bukan seorang bahkan mungkin juga lebih orang yang beranggapan kemudahan yang ada di Surau itu seperti hak untuk kegunaannya seorang.  Contohnya meletakkan tudung di rak dengan melepasi semua palang.  Tak taulah macam mana nak gambarkan.  Tapi sesiapa yang pernah mengalaminya pasti terasakan.  Tidak terfikir kah oleh insan itu bagaimana orang lain nak meletakkan tudung mereka di ampaian itu.

Hello!!! bukan awak seorang saja yang ada tudung cantik tau.  Orang lain pun hado gak... Kalau awak dah letak tudung awak tu penuh palang macam mana orang lain nak letak tudung pulak... Nak letak atas lantai ker...

Nasib baiklah orang lain ada ikhtiar hidup... Kalau tidak... sendiri jawab lah...

Sekian.

*.*

Carian