Jom Solat. Solat lima waktu tiang agama
Al kisah... bagaimana sebuah surau tempat ibadah umumnya, khususnya tempat solat boleh terkunci pintunya. Semua ini gara-gara kesilapan percaturan atau kesilapan dalam membuat penilaian.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
Harta yang ada di surau itu biasanya bukanlah hal milik individu terutama yang diwakafkan seperti telekung, sejadah, rak kain dan cermin muka.
Syampoo apa yang anda guna? Maaf ini bukan iklan syampoo. Adakah kerana anda menggunakan syampoo 'CLEAR' maka dengan sukahati anda mengibas-ngibaskan rambut ketika berada di dalam Surau. Helooo!! Ini surau la... tempat nak solat bukan saloon rambut. Tak tau ke dengan mengibas-ngibaskan rambut itu anda telah menyumbang kepada pencemaran di Surau.