Pengikut Setia

27 Ogos 2011

Kenali Jenis-Jenis Gajet Dalam Dunia Telekomunikasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Banyak sungguh jenis-jenis telefon di era teknologi maklumat sekarang.  Banyaknya sehinggakan satu masa menjadikan aye terkeliru dengan gelaran yang diberikan seperti Android, Symbian, Blackberry, iPhone dan tidak mustahil selepas ini akan keluar berbagai nama dan panggilan untuk telefon bimbit. 

Baru saja cuba memahami apa itu Bluetooth dan Blackberry.  Tiba keluar pula iPad, iPhone, Android dan Symbian.  Nama apa tu?  Aye memang cetek ilmu dalam dunia IT (teknologi maklumat) yang semakin hari semakin canggih.  Dah tidak terkejar rasanya. 

Jadi dalam kesibukan persiapan menjelang Hari Raya dan Hari Kemerdekaan ini, sempat juga merayau-rayau di laman web celcom, makanya sempatlah 'study' sikit-sikit dan cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah baru untuk jenis-jenis telefon pintar.

Penerangan ini mungkin tidaklah selengkap mana.  Kerana mungkin dan memang ada rasanya beberapa maklumat penting yang aye telah tersilap atau tertinggal. 

Saranan aye jadikan maklumat ini sebagai pendedahan awal kepada sesiapa yang ketinggalan dalam dunia IT yang serba maju kini. 

 
Jenis-jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran Malaysia, antaranya:
  1. Android
  2. Blackberry
  3. iPhone
  4. Windows Phone 7
  5. Symbian
Android

Satu gajet yang aneh dan seaneh namanya juga. 

Mempunyai kelajuan prestasi yang tinggi, permainan yang tidak terkira banyaknya, aplikasi dan banyak lagi di Android, mewujudkan pengalaman telefon pintar yang terbaik.

Tetapi kemuncak sebuah Android, sebagai Ahli Teknologi ramai akan bersetuju, adalah kebolehan yang sukar ditandingi untuk penyesuaian. Android sesuai dengan cita rasa peribadi atau keperluan anda jika anda seorang yang menghargai teknologi dan keupayaan untuk mengawal

Samsung Galaxy S Plus

Jenis-Jenis Telefon Pintar Android:
  1. LG Optimus One
  2. LG Optimus 2X
  3. Samsung Galaxy S2
  4. Samsung Galaxy S Plus
  5. HTC Wildfire S
  6. Sony Ericsson Xperia™ Play
  7. LG Optimus Black

Maklumat mengenai pasaran Android terbaru boleh didapati di
http://www.android.com/


Blackberry
BlackBerry ® adalah ideal untuk anda apabila on-the-go. Anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan anda di mana-mana jua, bila-bila masa. Anda juga boleh menyimpan keperluan anda semak dengan e-mel, peta, penganjur, aplikasi, Internet dan banyak lagi.

Navigasi lancar membolehkan anda berhubung dengan apa-apa dan sesiapa sahaja yang hebat mudah. Apa lagi, organisasi perniagaan kecil dan besar boleh mendapat manfaat daripada platform e-mel yang unik yang disesuaikan, berskala mana-mana saiz bergantung kepada keperluan anda.

Jika anda adalah seorang yang bertujuan fleksibiliti dan mobiliti, BlackBerry ® adalah telefon pintar untuk anda.


Blackberry Torch 9810
 
Jenis-jenis Blackberry
 
  1. BlackBerry Torch 9810 
  2. BlackBerry Bold 9900 
  3. BlackBerry Torch 9800 
  4. BlackBerry Bold 9780 
  5. BlackBerry Curve 9300
Peribadikan telefon pintar anda dengan aplikasi semua jenis di Blackberry di
 
Bersambung lagi untuk edisi akan datang dengan iPhone 4, Wondows Phone 7 dan Symbian
Sementara itu dapatkan maklumat mengenai tawaran mengenai telefon pintar ini ada di
dan juga tawaran hebat sempena hari raya ini di
Selamat Hari Raya...

26 Ogos 2011

GA Pertama | Bila Pintu Hati Terbuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Entri melekat .  Untuk entri terkini sila gerakkan lagi tetikus anda atau gerakkan jejari di atas pad sesentuh seterusnya...

Ramadhan kian ke penghujung | Syawal pula mula menggamit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sungguh kian terasa bila Ramadhan kini sudah mencecah 26 hari dan berbaki 3 atau 4 hari lagi Syawal pula akan muncul. 
Cukupkah bekalan dari Ramadhan ini untuk dibawa ke Syawal kelak atau juga untuk Ramadhan akan datang. 
Terasa sayu kian membara mengenang Ramadhan yang akan pergi. 
Lalu teringat cerita Majalah Solusi Isu 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal; Andai ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya.

Sebagai bekalan dan ingatan bersama untuk berjumpa dengan Syawal nanti... selusuri bersama maksud tersirat di sebalik Tazkirah ini yang dipinjam dari CITU UiTM Perak.

~~~~~~~~~~
‘Idu Fitri – Hari Kemenangan Umat Islam
Aidul fitri atau Idul fitri adalah hari raya atau hari kemenangan bagi umat Islam. Setelah sebulan berpuasa, menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa, menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadan, melalui latihan-latihan fizikal dan mental, melaksanakan amalan-amalan baik siang dan malam Ramadan sehingga akhirnya berjaya sampai ke penghujung Ramadan masuk ke bulan syawal disambut kejayaan tersebut setelah menempuhi latihan dan ujian maka kemenangan dan kejayaannya disambut dengan Hari Raya, hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Idul fitri bermaksud- Hari kembali kepada fitrah. Maksudnya umat Islam yang menjalani ibadah Ramadan dengan penuh keinsafan melaksanakan pelbagai ibadah siang dan malam seperti solat sunat tarawih, bertadarrus al-Quran, qiamullail, berzikir dan berdoa, bersedekah dan sebagainya, seolah-olah telah kembali fitrah dengan rahmah dan maghfirah-yakni keampunan daripada Allah SWT. Menjelangnya syawal, mereka yang menjalani ibadah tersebut seolah-olah telah bersih daripada dosa dan mereka menjadi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Demikianlah juga hasrat dan tuntutan kepada puasa secara khusus iaitu mencapai tahap ketaqwaan yang sebenar-sebagaimana yang dinayatakan di dalam al-Quran bermaksud: ‘…..mudah-mudahan kamu bertaqwa’.

Maka sebab itulah di hari raya, kita umat Islam diminta untuk merayakannya sehingga diharamkan berpuasa pada hari pertama syawal (tidak ada siapa yang dibenarkan berpuasa) demi merayakan hari kemenangan ini. Namun hari kemenangan ini mestilah disambut atau dirayakan dengan pengisian-pengisian yang wajar berlandaskan Islam. Sebagaimana firman Allah SWT., bermaksud:
Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasamu dan hendaklah kamu besarkan (muliakan) Allah atas sekalian yang telah ditunjukkinya, mudah-mudahan kamu bersyukur (berterima kasih).
(al-Baqarah ; 185)

Daripada ayat tersebut, kita fahami bahawa pengisian penting pada merayakan hari kemenangan ini ialah membesarkan/memuliakan/mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Banyakkan bertakbir menyebut Allahu Akbar, banyakkan bertahmid menyebut al-hamdulillah serta kalimah-kalimah mulia yang lain semata-mata mengagungkan Allah bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih.

Namun begitu tidak cukup dengan ucapan kalimah tersebut, kita juga mestilah merayakannya dengan membiasakan dan meneruskan amalan-amalan baik sebagaimana yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu. Inilah natijah kejayaan yang hendak disambut pada hari kemenangan ini.

Sebab itulah pada hari raya kita dituntut supaya melakukan amalan-amalan baik, antaranya:

Carian