Entri melekat . Untuk entri terkini sila gerakkan lagi tetikus anda atau gerakkan jejari di atas pad sesentuh seterusnya...
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
26 Ogos 2011
GA Pertama | Bila Pintu Hati Terbuka
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Entri melekat . Untuk entri terkini sila gerakkan lagi tetikus anda atau gerakkan jejari di atas pad sesentuh seterusnya...
Entri melekat . Untuk entri terkini sila gerakkan lagi tetikus anda atau gerakkan jejari di atas pad sesentuh seterusnya...
Ramadhan kian ke penghujung | Syawal pula mula menggamit
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sungguh kian terasa bila Ramadhan kini sudah mencecah 26 hari dan berbaki 3 atau 4 hari lagi Syawal pula akan muncul.
Cukupkah bekalan dari Ramadhan ini untuk dibawa ke Syawal kelak atau juga untuk Ramadhan akan datang.
Terasa sayu kian membara mengenang Ramadhan yang akan pergi.
Lalu teringat cerita Majalah Solusi Isu 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal; Andai ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya.
Sebagai bekalan dan ingatan bersama untuk berjumpa dengan Syawal nanti... selusuri bersama maksud tersirat di sebalik Tazkirah ini yang dipinjam dari CITU UiTM Perak.
~~~~~~~~~~
‘Idu Fitri – Hari Kemenangan Umat Islam
‘Aidul fitri atau Idul fitri adalah hari raya atau hari kemenangan bagi umat Islam. Setelah sebulan berpuasa, menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa, menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadan, melalui latihan-latihan fizikal dan mental, melaksanakan amalan-amalan baik siang dan malam Ramadan sehingga akhirnya berjaya sampai ke penghujung Ramadan masuk ke bulan syawal disambut kejayaan tersebut setelah menempuhi latihan dan ujian maka kemenangan dan kejayaannya disambut dengan Hari Raya, hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.
Idul fitri bermaksud- Hari kembali kepada fitrah. Maksudnya umat Islam yang menjalani ibadah Ramadan dengan penuh keinsafan melaksanakan pelbagai ibadah siang dan malam seperti solat sunat tarawih, bertadarrus al-Quran, qiamullail, berzikir dan berdoa, bersedekah dan sebagainya, seolah-olah telah kembali fitrah dengan rahmah dan maghfirah-yakni keampunan daripada Allah SWT. Menjelangnya syawal, mereka yang menjalani ibadah tersebut seolah-olah telah bersih daripada dosa dan mereka menjadi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Demikianlah juga hasrat dan tuntutan kepada puasa secara khusus iaitu mencapai tahap ketaqwaan yang sebenar-sebagaimana yang dinayatakan di dalam al-Quran bermaksud: ‘…..mudah-mudahan kamu bertaqwa’.
Maka sebab itulah di hari raya, kita umat Islam diminta untuk merayakannya sehingga diharamkan berpuasa pada hari pertama syawal (tidak ada siapa yang dibenarkan berpuasa) demi merayakan hari kemenangan ini. Namun hari kemenangan ini mestilah disambut atau dirayakan dengan pengisian-pengisian yang wajar berlandaskan Islam. Sebagaimana firman Allah SWT., bermaksud:
Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasamu dan hendaklah kamu besarkan (muliakan) Allah atas sekalian yang telah ditunjukkinya, mudah-mudahan kamu bersyukur (berterima kasih).
(al-Baqarah ; 185)
Daripada ayat tersebut, kita fahami bahawa pengisian penting pada merayakan hari kemenangan ini ialah membesarkan/memuliakan/mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Banyakkan bertakbir menyebut Allahu Akbar, banyakkan bertahmid menyebut al-hamdulillah serta kalimah-kalimah mulia yang lain semata-mata mengagungkan Allah bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih.
Namun begitu tidak cukup dengan ucapan kalimah tersebut, kita juga mestilah merayakannya dengan membiasakan dan meneruskan amalan-amalan baik sebagaimana yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu. Inilah natijah kejayaan yang hendak disambut pada hari kemenangan ini.
Sebab itulah pada hari raya kita dituntut supaya melakukan amalan-amalan baik, antaranya:
25 Ogos 2011
Kenapa lari tajuk pula
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ada apa dengan tajuk cerita kalau isinya kosong dan tak sama lansung isi cerita dengan tajuk cerita.
Ada orang (atau blogger la kot) tanya kenapa tajuk cerita awak tak sama dengan isi cerita awak? Nak jawab ke tidak... malas la nak jawab. Kalau diam jer boleh tak? sebab aye tak tau nak jawab apa, tapi bila diam nanti orang kata diam tanda setuju ... pulak... dah ... okey nak jawab macam nie pulak... 'biarlah rahsia'... he eh lee...
Ada orang (atau blogger lagi) tanya apasal blog awak ni ceritanya macam tak masuk akal, pengunjung pun tak banyak mana pass tu perasan pulak ala-ala top blogger la konon.. Top ker? Idak eh... cuma tajuk tu untuk jadi top blogger bukan lah perasan top ... tak top setara mana pun... picisan jer...
Bab cerita tak masuk akal tu ... payah sikit ... sebab aye tak pernah dan tak akan pernah buat cerita pasal fasya sandha mandi berkemban, atau cerita pasal khidmat sexs di kampar. Ada juga cari pasal jubah raya aida radzwil..... tapi apasal ada orang cari benda-benda tu singgah kat sini... itu lagi tak masuk akal... apa-apa aje lah ...
Bulan Ramadhan yang suci murni ni... kalau dah gersang sangat tak der idea dan dah kering kontang baik duduk diam-diam baca buku agama ker atau paling tidak bacalah buku Bila Pintu Hati Terbuka... lagi bagus kalau dapat bertadarus khatam terus.
Sudah-sudahlah ...
*-*

Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA