Pengikut Setia

19 Julai 2011

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,


BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG



















Jom... sertai Segmen : Teringin menjadi blog rakan blogger ? Teringin kan?  nyanyi lagi Shima jap... heheh nyanyi lah sendirik...
 

LATAR BELAKANG BLOG


Latar belakang blog ni kadang-kadang tak menentu ikut mood pemiliknya, agak2 berkenaan dengan template tu lama la skit.... agak2 dah bosan tukar lak kaler lain... dushhh! bukan lah...
 
Yang sebenar-benarnya tarikh asal bila blog ni dimulakan tak ingat sebab dah terdelete entry yang terdahulu dan yang mula-mula buat.  sebab-sebab terdelet tu sebab gatal tangan nak delete... dah tu nak cari balik tak jumpa.  Cuma yang boleh dikatakan blog ini dimulakan pada awal tahun 2008, setelah habis cuti bersalin anak kedua.  jeles ngan kawan-kawan depa dapat masuk kursus asas internet pass tu dapat buat blog.  Okeh aye challenge diri aye sendiri untuk buat blog sendiri dan hanya berguru dengan majalah PC jer.
 
Tujuan asal buat blog tak berapa jelas tetapi bila dah mula buat blog nih... sesekali terbabas juga, kenapa?  ... tak tau mungkin sebab tak kuat pendirian kot... tetapi matlamat nye jelas cuma tak dapat nak explain kat sini... Sorryy
 
Idola dalam berbloging... ramai antaranya penganjur segmen ni, walaupun dia buat blog kemudian dari blog ini (yang baik tapi tak berapa baik nihh) tetapi banyak ilmu dan kekuatan yang diperolehi darinya.  Walaupun kadang tak berapa juga beberapa segmen atau artikel tetapi bukan rugi kalau ikut kan?
 
Kenapa blog yangbaik patut disinggah setiap hari?  Tak tau kenapa .. sebab dulu memang selalu update blog setiap hari dalam satu hari ada 2 atau 3 kali update. Tetapi lepas ni rasanya tak dapat nak update sangat sebab kerja luar biasa dok menunggu.  Walau apa pun aye akan cuba update cerita dan pendapat terkini aye tentang sesuatu isu termasuk pandangan peribadi dan kisah-kisah sekitar yang boleh dijadikan panduan.  SINGGAH SELALU!
 
tU jERR..Lepas ni... tunggu dan lihat jer lah
 
Syarat-syarat nak jadi rakan blogger?... klik di SINI
 

Hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam sebulan nih, bermula dengan seminar Hidup Luar Biasa dengan Dr Azizan di Ipoh tempoh hari boleh dikatakan hari-hari terdengar perkataan hidup luar biasa perlu kerja luar biasa kerana kita hidup di zaman yang luar biasa dan bukan lagi biasa-biasa.  Sebelum ni bukan tak pernah dengar hidup luar biasa, pernah dengar juga bahkan selalu juga dan rasa macam hidup sendiri pun dan luar biasa tetapi tak pernah endahkan perkataan tu.

Semalam dan hari ini sekali lagai perkataan luar biasa itu kedengaran lagi dan yangpaling hebatnya bermula dari sekarang hidup ini perlu luar biasa kerana semua orang sedang bergerak ke arah satu tujuan yang luar biasa... hmmm... bunyi macam lain macam jer... tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh.

Semua pergerakan perlu pantas, otak perlu 'pick-up' dengan lebih luar biasa.  Biarpun sesekali migrain datang melanda kerana otak dah penat berfikir.  Nak rehat pun... rehatlah tetapi kembali dari rehat kerja perlu lebih lagi luar biasa... lagi...



Hari ini pagi ini dikejutkan dengan graf ini, baru 5 ... memang luar biasa kan... aduhai... migrain la pulak...adeh!




*

18 Julai 2011

Hello!!! Salah nombor ker?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semenjak dua menjak ni dok asyik terima salah sms dari orang yang tak dikenali.  Jenuh jugak lah tangan ni dok memadam mesej tu... namun nak reply balik... Sorry naik lorry, makan kari kena gari. Boleh???

Mesej pertama:
From:  +6013........25 (nak nombor penuh?... tak yah... sapa2 yang hantar tu dia jer lah yang layak tahu, dia dah bagi kat orang yang salah... okey!)

Pesanannya bertulis begini:  RM0.00. Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal mesej bergambar untuk kamu (18+).
---> apa nih???? gila punya kerja... dok perabih bajet untuk sms jer... nih dah tentu kerja bulk sms kan?

ada lagi yang bestnya siap bagi nombor untuk call ... memang gila babas betul... marah sangat2 nih..

bukan sekali dua dpt mesej cam tu...

agak kalu dapat lagi sekali nak report kat Suruhanjaya Telekomunikasi... biar depa siasat.

*

Carian