Pengikut Setia

11 Julai 2011

Babak: AKTIVITI KU DI PEJABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hah!... tersentap jap.  Sabtu semalam dah la separuh demam buat pasal dengan Mak Dara dengan segmen aktiviti di rumah.  Penat beraktiviti dengan anak2 kat rumah tak habis lagi. Tiba-tiba ada aktiviti baru pulak di pejabat.  Huhuhu...

Okey, oleh kerana hari ini Isnin aye tak ada di pejabat out-station ke InED Shah Alam. Ada urusan modul untuk student ePJJ.  Kesian depa dah masuk bulan ke dua, kelas berjalan tanpa modul.  Tapi yang penting semangat mesti kuat dan teruskan pembelajaran. Syabas!

Sementara itu, layanlah dulu antara aktiviti aye dalam perjalanan ke InED Shah Alam...hehehe


Agak-agak lah sesuai tak gambar kat atas tu menggambarkan aktiviti aye di pejabat untuk hari ni...



Sekian adanya.

p/s:  entry ni auto publish... buat siap-siap.. sebelum pergi ke Shah Alam.  Of course lah gambar tu yang real punya, aye tangkap tak berapa lama dulu dalam perjalanan ke Shah Alam juga. :-)
Kalau ada apa yang tak kena balik nanti aye betulkan yerk...

Update:
Dah tukar tajuk... gara-gara auto publish, pandai-pandai jer buat tajuk sendiri... heheh

Perjuangan dalam perhimpunan | Mujahidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebuah perjuangan dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011.  Sesuatu yang sesekali bila lihat dalam TV timbul satu perasaan untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa.  Berkobar-kobar timbul dalam diri. 

Namun sebagai seorang ibu dan isteri serta seorang anak, timbul juga rasa terkejut dan terkilan bila terlihat sekelompok 'mujahidah' Islam turut bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. Bukan tidak setuju dengan perngorbanan dan niat murni mereka untuk bersama-sama 'berjihad'.  Tetapi timbul pula dalam hatikecil ini berbaloikah itu semua.  Berhimpun dalam suatu kawasan yang penuh sesak dengan lelaki.  Memang tak suka!

Pada pandangan saya berjihad itu memanglah sesuatu yang dituntut.  Tetapi sebagai seorang wanita tidak perlu rasanya berkumpul dan berhimpit-himpit dengan lelaki.  Tentu ada cara lain untuk bejihad memperjuangkan Islam.  Sebagai Mujahidah, untuk berjihad di jalan Allah, banyak tempat dan masa lain yang lebih sesuai untuk kita. 
Sebagai kesimpulan mungkin juga mereka yang terlibat ini sebahagiannya tidak mengetahui tujuan perhimpunan itu atau sekadar suka-suka dan ikut-ikutan rakan-rakan yang sama-sama tidak tahu punca dan tujuan.

Sekadar pandangan dari pemikiran yang cetek.  Sekiranya ada pihak yang tersinggung mohon maaf atas segala kekhilafan.

"Tidak ada sesuatu yang lebih sulit untuk aku hadapi daripada diriku (hawa nafsuku) sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu dia berhasil mengalahkanku."(Sufyan ats-Tsauri)

10 Julai 2011

Maafkan saya Fatimah Abas | Strategi Pemasaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Maafkan saya wahai 'Fatimah Abas'.  Kepada sesiapa yang namanya secara kebetulan sama atau memang orang yang sama membaca e-mail ini.... Boleh komen sikit!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,
Nama saya FATIMAH BTE ABAS , saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (MOPOL PURIFYING FLUID). Para MOPOL PURIFYING FLUID adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Salam
Fatimah.
~~~~~~~~~~~~~~
di atas adalah rentetan e-mail yang telah memenuhi mail box aye... Tak tau nak komen apa lagi... dah selalu sangat terima email macam ni... mengaku nama macam nama mak la...nama bapa la.... huh macam-macam depa nak cari makan nak cedok duit orang...

Carian