Pengikut Setia

22 Oktober 2009

MONOLOG1: SEORANG AKU SUATU KETIKA DAHULU


Salam sejahtera buat seisi alam maya pada...
MONOLOG ini telah lama berada dalam simpanan, ianya di'maya'kan untuk bacaan dan tatapan atau juga ingatan.  MONOLOG ini juga dikeluarkan kerana Aye rasa seperti terpanggil... setelah pelbagai cerita 'ngeri & seram' untuk diingat atau difikir sudah menjadi lumrah di dada akhbar dan juga alam maya ini.






SEORANG AKU SUATU KETIKA

Suatu ketika dahulu saat aku dilahirkan
Ketika masih bayi...aku tidak mengerti apa...
Atau mungkin juga aku tahu... tapi ... sekarang...
mungkin aku sudah lupa, atau tak ingat lagi

(Bak kata Tun Mahathir “Melayu Mudah Lupa”)

Ya lah... cuba fikir logik...
mana nak ingat peristiwa berpuluh tahun dahulu...
sedangkan peristiwa dua tiga bulan lepas atau dua tiga minggu lepas juga tak ingat

Yang aku tahu...
Orang kata... dan itu aku tahu...
Kata-kata itu datangnya dari hadis Nabi “Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci. Ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Memang! Ketika itu...
mana ku tahu hitam atau putih...
Makan dan pakaiku disediakan oleh ibu dan ayahku...
atau pemberian saudara-mara...
atau jiran tetangga yang datang melawatku...

Mungkin ada ketikanya aku jemu...
Ya, yang ada hanya warna putih warna lembut
Mungkin sesekali adalah warna lain sikit...
tapi tak jauh bezanya...

Berhenti... seketika... berfikir sejenak...

Apakah apa yang aku catat ini suatu rungutan?
Tidak lah...
sekadar mengingat kembali...
mengapa aku jadi begini...

Ya!
Mengapa aku jadi begini?
Bukan tak cukup perhatian
Bukan tak cukup kasih sayang
Bukan juga tak cukup makan...
atau tak cukup pakai...

Jadi?
Apa lagi?
Tak boleh kah berfikir sendiri?

Akal dah ada...
dah pergi sekolah...
kalau tak habis sekolah pun...
dah pandai buat keputusan sendiri...
dah pandai cari jalan sendiri....
Nak hidup sendiri ...
(nak bebas lah tu)...
KONON!!!!

T.E.T.A.P.I.......

Mengapa jalan hitam ini yang jadi pilihan?

APA...
sudah tiada jalan lain....
Masih banyak lagi jalan...
Kalau ... rasa tak betul...
baliklah ke pangkal jalan...

MANA ada...
nak mengaku ...
jalan yang dia lalu tu salah...

Tak ada!
Tak mungkin!!!

Apa lagi....berfikir sejenak.....

Suatu ketika...
suatu saat...
aku terfikir...
aku masih ingat

Ya ! aku ingat...
aku ada ayah
aku ada emak
aku ada abang
aku juga ada kakak
aku ada saudara mara
adik-adik?...
ntah... kali terakhir aku pergi...
ahhh... mana ku tahu..

Ayah! Emak! Abang! Kakak!
Tolong lah aku....
Aku .... malu...
Aku salah pilih jalan...

Mengapa tak halang aku...
MENGAPA???
Mengapa aku dibiarkan sendirian ?

Mengapa aku dibiarkan buat keputusan sendiri?

Mengapa??? MENGAPA???

(Mengapa sekarang baru tanya?
Dulu tak boleh fikir???)


Salahkah kalau aku dihalang?
Berdosakah kalian kerana halang aku?
Aku.... aku tak kisah kalau aku dihalang..
Aku....aku... aku....

YA!...
memang ...
Masa itu... waktu itu...
aku yang marah ...
Bila kalian halang aku...
Bila kalian marah aku...

Tapi...
kenapa ...
kalian tak tegas dengan aku!!!

Atau kalian memang suka aku jadi begini...
Tidakkah kalian tahu...
Walau kemana jua aku pergi...
darah daging kalian tetap mengalir dalam diriku...
Dalam diri kalian juga....
ada darah daging ku!!

Aku sedih...
Aku meratap...

SENDIRI...LAGI...

Tidak ku tahu ...
apakah di penghujung nyawa ini...
sempat ku siram...
benih-benih keimanan yang telah hampir layu...

Namun aku bersyukur...
kerana di hujung nyawa ku ini...
masih ada ruang untuk kembali...
"ke jalan yang lurus jalan orang-orang yang telah diberi nikmat"

Tuhan ku songsong masa silamku
Moga kelam tabir hayatku tersingkap sopan
Lantas ku bersujud penuh nikmat
Hanya padaMu

Tuhan,
ampunilah dosa kedua ibu dan bapaku,
ampunilah dosa saudara-maraku,
sahabatku dan seluruh umat Islam,
Kurniakan kami petunjuk dan hidayahMu
tempatkanlah kami dibawah lembayung rahmatMu

Amin.

(nukilan peribadi epilog dalam sepi: http://yangbaik.blogspot.com )
~~

21 Oktober 2009

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI... MESTI MAU INGAT SELALU


Mesej yang diterima dari seorang sahabat awal pagi tadi. 

5 PESANAN NABI ADAM KEPADA ANAKNYA: -

1.  KITA HIDUP DI DUNIA INI JANGAN BERTENANG SANGAT
MEMANG DUNIA INI CANTIK MACAM2 WARNA, NI'MAT DAN LAIN2 LG.  TAPI PERLU BERHATI HATI KERANA DUNIA INI PENUH DENGAN FITNAH

2.  KAUM LELAKI JANGAN TERUS DENGAR KATA KAUM HAWA
NABI ADAM TERCAMPAK KE DUNIA INI KERANA TERIKUT SANGAT CAKAP HAWA YG TELAH DIPUJUK OLEH SYAITAN. 
NABI ADAM KATA UNTUNG UMAT NABI MUHAMMAD SAW , BUAT DOSA KECIL ATAU BESAR KEMUDIAN MENYESAL DAN BERTAUBAT MASUK SYURGA
NABI ADAM BUAT SILAP TERUS TERCAMPAK KEDUNIA....
MAKSUDNYA KAUM SUAMI JANGAN TAKUT SANGAT DENGAN ISTERI (UMUMNYA ZAMAN INI KAUM LELAKI ATAU SUAMI TAKUT SANGAT ISTERI)

3.  KITA NAK BUAT SUATU AMALAN ATAU PERBUATAN PASTIKAN TAHU AKIBATNYA
NABI ADAM LUPA PERINTAH ALLAH DILARANG MENDEKATI POKOK YG DILARANG TANPA MENGETAHUI AKIBATNYA

4.  KITA PERLU BERHATI HATI UNTUK BERBUAT SESUATU SEKIRANYA HATI KITA BERDEBAR-DEBAR UNTUK MELAKUKAN ...JANGANTERUSKAN.
NABI ADAM SEMASA HENDAK MEMAKAN BUAH DI SYURGA IA BERDEBAR2 ...SEPATUTNYA JANGAN TERUSKAN KERANA ALLAH DAH PESAN DAN DAH HANTAR AMARAN

5.  KITA KALAU NAK BUAT KEPUTUSAN PERLU TANYA ORANG DARI LEVEL BAWAH HINGGA ATAS.
NABI ADAM LUPA NAK TANYA PADA MALAIKAT

WALLAHU A'LAM.

20 Oktober 2009

Ada Apa Dengan Badan Ikthtisas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  |  Ada Apa Dengan Badan Ikthtisas


Semenjak kebelakangan ini, seringkali mendapat pertanyaan berhubung Badan Iktisas.  Adakah kerana mereka sedang mengisi borang isi jawatan.  Ada lah tu yang jadi sebab banyak sangat tanya nie.

Senario1
A:  Akak, badan ikhtisas tu ape?
B:  Akak, kelulusan ikhtisas tu ape?
Akak:  Ikhtisas tu lebih kurang macam kelab atau persatuan yang berprofail tinggi.  Akak semak semak dengan DBP dulu yer... boleh tahu lebih jelas tentang maksud Iktisas.  Boleh buat rujukan untuk masa depan. 



ikhtisas adalah adjektif (kata sifat - kata yang menunjukkan sifat sesuatu benda)

Bahasa Asal : Arab
Bersinonim dengan profesional, kompeten, cekap, berkelayakan, berkelulusan, mahir, terlatih.,

Takrif:
1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~;
2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~;
3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan; mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia.

Lagi... berkaitan ikhtisas
1.  kolej:  kolĂ©j/sekolah tinggi tempat mendapat latihan ikhtisas; maktab: ~ pertanian.
2.  ahli utama:  orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi.

3.  diploma: 
     1) sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan.
    2) sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan.


Contoh Badan Ikhtisas di Malaysia:

BADAN PERAKAUNAN
(i)  Ahli Institut Perakaunan Malaysia;

(ii) Ahli The Malaysian Association of Certified Public Accountants;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Ireland;
(v) Ahli The Chartered Association of Certified Accountants (sebelumnya The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);


Sekian untuk kali ini.  Semoga kita semua mendapat manfaat dan faedah.

Terima kasih kepada yang bertanya dan kepada yang sudi membaca entri ini.

Carian