Jangan abaikan pandangan pertama |
Entah apa yang dipandang 3 beradik nie. Gambar hiasan |
Jangan abaikan pandangan pertama. Begitulah kita yang kadang-kadang tidak ambil kisah dengan penampilan dan pandangan orang pada pertama kali berjumpa. Mungkin juga kerana terpengaruh dengan kata-kata 'Don't judge a book by it's cover' atau Jangan adili buku itu pada kulitnya. Betultak?
Sebenarnya kita tersilap sedikit sekiranya kita terpengaruh dengan kata-kata itu.
YB tidak pasti dari mana datangnya istilah itu tetapi rasanya dah lama kedengaran dari bangku sekolah lagi. Cuma masa tu tak berapa faham sangat terima saja apa yang dikatakan.
YB tidak pasti dari mana datangnya istilah itu tetapi rasanya dah lama kedengaran dari bangku sekolah lagi. Cuma masa tu tak berapa faham sangat terima saja apa yang dikatakan.
Banyak sebenarnya topik yang boleh dibincangkan berkaitan pandangan pertama ini. Namun YB nak berkongsi pandangan mengenai satu perkara saja iaitu berkenaan alam pekerjaan.
Perkara penting sebelum menempuh mana-mana dunia pekerjaan adalah iklan, borang / surat permohonan, pemilihan, senarai pendek, temuduga, pemilihan (lagi) dan keputusan. Dari senarai di atas kaitan utama yang ingin dibincangkan adalah berkaitan borang/surat permohonan atau 'resume'.
Resume
Apabila habis belajar sudah pasti kita akan bekerja. Tujuan bekerja pula ada banyak dan terpulang kepada individu itu apa tujuan pekerjaan. Sekiranya dia bersungguh-sungguh dan serius dengan pekerjaan. Proses pertama dalam mendapatkan pekerjaan akan diusahakan dengan betul dan tepat.
Proses pertama yang dimaksudkan adalah menyediakan maklumat peribadi atau 'resume' dan juga mengisi borang permohonan jawatan. Perkara utama yang sering diabaikan adalah berkaitan gambar.
Mengapa gambar itu penting? Kerana melalui gambar (ukuran passport) sudah cukup memberi gambaran pertama mengenai sikap dan kesungguhan individu itu. Bagaimana boleh masuk dalam senarai pendek sekiranya gambar yang diletakkan pada borang atau resume kelihatan seperti 'main-main' dan tidak bersungguh-sungguh.
Kesilapan gambar
1. Tidak lekatkan dengan betul pada ruang disediakan.
2. Tidak menulis nama di belakang gambar. Perkara ini penting bagi mengenalpasti pemilik gambar sekiranya ia tercicir dari borang. (berkaitan dengan #1)
3. Saiz gambar yang kecil dan tidak menepati syarat yang dinyatakan.
4. Keadaan gambar yang comot.
5. Pakaian ketika bergambar yang tidak serius. Walapun gambar itu bersaiz passport menampakkan wajah sahaja tetapi ia sudah cukup memberikan gambaran mengenai peribadi individu itu. Jadi, untuk tujuan rasmi seperti permohonan jawatan, individu itu hendaklah bergambar dengan baju yang lengkap seperti memakai blazer atau sekurang-kurangnya kemeja berkolar. Tolonglah!!! jangan pakai t-shirt dengan tulisan yang bukan-bukan... tak sesuai langsung. Panel pemilihan nampak saja borang dengan gambar sedemikian terus tolak tepi tanpa kompromi lagi... sedih kan? Penat membuat salinan dokumen, cari pengesah dokumen, cari sampul surat, lekat setem dan pos. Semua usaha tu jadi sia-sia belaka.
Panjang lebar kan YB menceceh mengenai gambar. Semua ini untuk ingatan dan panduan kepada adik-adik yang bakal mengisi kekosongan jawatan tidak kiralah swasta atau kerajaan. Semuanya memerlukan semangat dan sikap profesional.
Semoga bermanfaat kepada semua. Terima kasih atas perhatian. Jangan abaikan pandangan pertama!
suka duka pentas dunia
$$$
Assalamualaikum kak, hehe sheila baru update resume tahun baru. hihi. setiap kali tukar koje, mesti update. apa nak ditulis, kena cantik. baru orang rasa nak amik kita kerja dengannya, kannn
BalasPadamgood job shiela. semoga resume yang disediakan mampu mendatangkan hasil yang memberansangkan... :D
Padamtq bgtau :)
BalasPadamsama-sama syira, akak sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada :D
PadamPandangan pertama ni kira half half la kan..kena amek kisah jugak :)
BalasPadamBetul tu, dari pandangan pertama ia mampu memberi gambaran mengenai peribadi dan kesungguhan :D
Padambanyak info berguna di sini..terima kasih atas perkongsian..
BalasPadamsama-sama Mar, kita berkongsi pengetahuan yang ada untuk kepentingan bersama :D
Padam