Sejak dari kecil hidup kita sentiasa dikelilingi dengan sampah. Tidak kiralah sampah dalam rumah atau sampah luar rumah seperti di dalam longkang atau atas jalan raya. Kita juga diajar dari kecil supaya tidak membuang sampah merata-rata terutama di atas jalan.
Kemungkinan menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain juga tinggi... dan kita pernah melihat iklan berkaitan di kaca tv... pernah lihat kan? Kalau tak pernah, nampaknya pihak media elektronik (TV) perlulah selalu mengeluarkan iklan berkenaan... sebagai pesanan dan ingatan kepada masyarakat Malaysia.
Kita juga biasa berjumpa atau terjumpa kebakaran kecil di tepi jalan sama ada kebakaran semak atau sampah yang dibakar dengan sengaja.
Kesihan kepada pembakar sampah itu kerana dia tidak tahu bahawa membakar sampah secara terbuka adalah satu kesalahan yang tidak kurang besarnya dan kesannya kepada pengguna jalan raya.
Semoga kita sebagai pemandu jalan raya yang berhemah sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya terutama bila bertembung dengan kepulan asap yang hampir menutup laluan jalan.
Kita tahu memang senang buang sampah tetapi kita tidak membuang sampah sewenang-wenangnya. Kita juga tahu kesannya jika kita membuang sampah merata-rata nanti akan mengotorkan tanah air kita Malaysia yang tercinta.
Pekerja majlis daerah bukanlah bekerja dengan kita untuk mengutip sampah yang kita buang sebaliknya dia bekerja untuk menyara keluarganya serta mengikut arahan dari majikannya. Pekerja majlis hanyalah mengutip sampah yang terdapat di dalam tong sampah.
Seandainya terdapat sampah yang bertebaran merata jalan ... alangkah baiknya jika sampah itu boleh terbang sendiri masuk ke tong sampah dan menyumpah orang yang membuangnya merata-rata... tak reti-reti nak guna tong sampah.
Contoh gambar bagi penandaan 5S untuk tempat membuang sampah. | Dah nampak tong sampah tetapi masih perlu diletakkan tanda tempat buang sampah, adakah kita masih belum cukup dewasa? |
Kita mampu mengubahnya.