Pengikut Setia

29 Jun 2020

Tips elak dari menjadi manusia yang dibenci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tips elak dari menjadi manusia yang dibenci


Dalam kehidupan seharian ada ketika kita akan lalui fasa di mana terasa diri dibenci, lalu kita mencari punca tetapi tidak juga dijumpai.  Kerana pengetahuan kita terhad dan kita juga sebenarnya tidak tahu apa yang dibenci.  Namun cara yang terbaik untuk menilai semula mengenai diri kita yang sering ras dibenci adalah dengan cara muhasabah diri dan ikhlaskan diri.





Manusia Yang Dibenci Allah


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)"

(HR Bukhari No: 6651) | Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Daripada Abdullah RA,  Nabi SAW bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

(HR Muslim No: 133) | Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah. Bukalah minda kita untuk menerima teguran dan nasihat. Allah memberikan kepada kita akal untuk berfikir. Jika ada pandangan dan fakta yang lebih baik maka terimalah dengan berlapang dada. Jangan sekali-kali berkeras dan sombong dengan apa yang kita milik.

Ya Allah lembutkanlah hati kami untuk menerima yang hak dan kebenaran. Jauhilah kami dari sifat keras kepala dan suka bermusuh.

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 



Semoga bermanfaat.
💞

2 ulasan:

  1. terima kasih atas tipsnya...huishh...taknak la sombong2, riak dan eksen2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. sama lah, sombong kita pun tak ke mana. Terima kasih tinggakan komen kat sini.

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian