Pengikut Setia

28 Ogos 2015

Rancangan Jahat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rancangan Jahat


Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)


Gambar hiasan


27 Ogos 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Weh, teruja sangat bila rakan blogger Mialiana anjurkan giveaway.  Memang terasa sungguh, lama betul Mialiana tak anjurkan sebarang Giveaway.  Seperti biasalah giveaway yang dianjurkan Mialiana selalunya mudah dan ringkas.  Hanya YangBaik saja suka-suka menyusahkan diri tambah sana sini... hehehe

Meh rakan blogger sekelian, kita lihat apa yang Mialiana tawarkan untuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com yang pastinya diadakan bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan Malaysia.




Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.





Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.


nak join giveaway ini, sila klik pada banner..



Waspada terhadap kezaliman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Waspada terhadap kezaliman


Waspadalah terhadap perbuatan kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat. Jauhilah kekikiran karena kekikiran telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, mengantarkan mereka kepada pertumpahan darah di antara mereka dan menghalalkan segala cara.
(HR Muslim)


Waspada Terhadap Kezaliman
Waspada Terhadap Kezaliman

Semoga kita terhindar daripada melakukan kezaliman kepada diri sendiri atau kepada sekelian makluk yang ada di muka bumi ini.  


26 Ogos 2015

Menunggu dan menunggu lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Menunggu dan menunggu lagi


Menunggu itu satu penyiksaan.  Gambar hiasan


Adakah kerana kita tidak berada di negara Jepun?
Tetapi kita pernah dijajah oleh Jepun.



Kerana kamu begitu berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana kamu begitu berharga



Sumber: FB Dato Dr Fadhilah Kamsah

posted from Bloggeroid

Antara takwa dan akhlak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara takwa dan akhlak


Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.  (HR Tirmidzi)


Taqwa dan Akhlak
Taqwa dan Akhlak


Semoga bermanfaat.


25 Ogos 2015

10 Surah Penghalang Ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Surah Penghalang Ujian


Hidup kita tidak lari dari ujian.  Mahu atau tidak ujian itu tetap datang dalam bentuk dan rupa yang berbeza.  Ujian yang datang itu didatangkan oleh Allah mengikut kemampuan hambaNya.  Kita selaku hambar perlu bersabar dan menerima setiap ujian dengan rela hati tanpa bersungut.  Memang benar kita selaku manusia biasa yang lemah sering kali leka dan alpa namun itu bukanlah alasan untuk kita berusaha mengatasi setiap halangan dan ujian yang menimpa.




Berikut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh kita lakukan.  Bacalah surah-surah berikut, selain daripada dapat menghalang ujian kita juga beroleh pahala yang besar kerana membaca Al-Quran.

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Ad-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
sumber

Semoga kita dapat jadikan amalan seharian.



Jangan kata makcik tak cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan kata makcik tak cakap

Entahlah apa jenis cerita yang nak dijadikan bahan untuk entri kali ini. Nak reka tajuk pun bukanlah mudah. Tapi tajuk kali ini memang spontan datangnya dari naluri seorang ibu yang prihatin dengan anak-anak sekitarnya biarpun anak itu adalah anak orang lain bukan anaknya sendiri. Kita ini wanita apabila jadi ibu naluri kita pastinya berubah menjadi lebih prihatin. Dalam situasi sekarang seorang ibu itu seharusnya memiliki semangat yang kuat ditambah dengan sedikit ketebalan pada mukanya.

Wahai anak-anak, jangan kata makcik tidak pernah cakap atau jangan pernah fikir ibumu juga tidak pernah menasihatimu.

Peristiwa petang tadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kita yang hidup di zaman moden ini. Mungkin ada benarnya bila ada orang mengatakan anak-anak sekarang sudah terlalu bijak dan tidak perlu ditegur.

Lalu, bagaimana lagi kita hendak memainkan peranan sebagai warga yang prihatin bilamana teguran kita sewenang-wenangnya dipersendakan, dipermainkan dan ditertawakan. Mohon jangan terasa.

Wahai anak-anak, jangan kata makcik tak tegur bilamana kamu dewasa kelak. Kerana setiap teguran itu pastinya ada sebab dan akibat bukan sengaja direka.

Peringatan juga buat anak-anakku, hormatlah pada orang dewasa yang menasihatimu. Pastinya ada sesuatu disebalik setiap teguran. Jikapun kamu tidak memahami teguran itu atau kamu tidak mengenalinya... hormatlah dia kerana lebih berumur darimu. Usah dipersendakan teguran itu.

Wahai anak-anak, maafkan makcik ini yang menyusahkan kamu dengan teguran itu. Jangan kata makcik tak tegur.

posted from Bloggeroid

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com


Kita blogger Malaysia sememangnya #sehatisejiwa.  Bila ada tema pada bulan tertentu kita akan menghargainya dengan cara kita yang tersendiri.  Bersempena bulan kemerdekaan pastinya banyak sambutan yang ingin dilakukan kerana kita rakyat Malaysia.  Olahan ayat yang tidak berapa nak menjadi.

YangBaik nak mengajak rakan blogger sekalian join Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com.

Jom kita tengok ada apa dengan Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com.


Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com


Terlebih dahulu dimaklumkan hadiah untuk giveaway ini ditaja sepenuhnya oleh penganjur giveaway ini, berupa 2 botol Spring Bloom Aromatic Mist Dreamy Floral SimplySiti (bukan sponsor daripada Dato'Siti Nurhaliza).  Bestnya dapat hadiah perfume... wangi lah blog YangBaik nie... :P

Giveaway ini tamat pada 15 September 2015.

Klik banner di atas untuk turut serta.  Cepat cepat cepat...


Lukisan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lukisan lewat malam


Malam sudah lewat, masih kelihatan kelibat anak kecil berusia 4 tahun bermain-main dengan pensil warna. Tiada tanda menunjukkan dia akan tidur awal. Sesekali dia menjeling ke sini. Namun masanya lebih banyak menghadap secebis lukisan kecil di atas meja itu. Begitu tekun sekali. Seakan leka dan terbuai dengan dunianya sendiri.

Malam sudah lewat, anak umi seorang ni masih jua belum tidur. Umi tahulah Inas belum sekolah dan esok tidak perlu bangun awal. Tidakkah matamu rasa mengantuk wahai anakku?



Inas Insyirah sudah semakin serasi dengan pensil warna. Ada perkembangan yang amat cemerlang, memandangkan sebelum ini warna-warna pensil itu terlakar "indah" di pelusuk dinding. Tanpa disedari dia semakin bijak mewarna pada setiap lukisan abangnya di atas kertas A4 atau buku tulis terpakai dan tidak lagi di kanvas batu.

Seni itu indah tidak mengenal usia.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid


24 Ogos 2015

Sumber Trafik Blog YangBaik Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sumber Trafik Blog YangBaik Hari Ini


Jarang sangat rasanya YangBaik post trafik yang singgah di blog ini.  Tetapi hari ini entah bagaimana tergerak pula hati nak post senarai trafik ke blogYangBaik.  Hasrat untuk post senarai trafik sudah lama terbuku dalam blog.  Cuma tidak dapat nak buat secara konsisten.  Tengoklah beberapa hari atau beberapa minggu jika rajin atau ada kelapangan, YangBaik akan usahakan untuk post senarai trafik yang singgah ke blog picisan ini.  

Sumber Trafik Hari Ini
Sumber Trafik Hari Ini

Disenaraikan blog yang menyumbang trafik ke blog YangBaik hari ini sehingga jam 5.00 petang:

  1. syiralokman.blogspot.com
  2. amirnawawi.com
  3. inertz.com
  4. lintasjalan.blogspot.com

Daripada 10 trafik, 4 trafik dari blog yang singgah.  Mungkin ada juga dari blog lain yang singgah tetapi tidak termasuk dalam senarai trafik di atas kerana tidak cukup paparan.  Walau apa pun terima kasih kepada semua yang sudi singgah tidak kiralah singgah pandu lalu atau singgah tinggal jejak. Kehadiran anda semua cukup bermakna buat blog picisan ini.

Apakah kita blogger yang berwawasan dan blogger Malaysia yang terbaik?  Sendiri fikir dan tafsirkannya...

Majulah blog untuk negara.




Sedekah tidak perlu tunggu kaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedekah tidak perlu tunggu kaya


Catatan semula dan perkongsian dari laman sosial.
"Orang-orang yang mencela kaum Mukmin yang bersedekah dengan suka rela dan mencela mereka yang tidak memiliki sesuatu untuk sedekah kecuali sebatas kemampuan, maka orang-orang itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka dan untuk mereka azab yang pedih." (Surah At-Taubah: 79) 

Sedekah tidak perlu tunggu kaya
Sedekah tidak perlu tunggu kaya

#peringatanbuatdirisendiri


Berada dalam kebenaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berada dalam kebenaran


In shaa Allah, kita akan sentiasa berada dalam kebenaran selagi kita mendekatkan jasad dan rohani kita kepada Yang Maha Pencipta.  Sentiasa bersabar dengan setiap ujian serta berdoa dan mengharapkan bantuan hanya daripada Tuhan yang satu.


Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 186
Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 186

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.  (QS. Al Baqarah: 186)

Semoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya.



23 Ogos 2015

Orang yang memulakan salam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Orang yang memulakan salam


Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur.
(HR Al-Baihaqi)


Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada sifat sombong dan takabbur.  Kita tiada apa-apa di dunia ini untuk dimegahkan.


22 Ogos 2015

Tidak mencaci makanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak mencaci makanan


Abu Hurairah menyatakan, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan walau sedikit pun.  Sekiranya beliau berselera, beliau memakannya.  Sedangkan sekiranya beliau tidak menyukainya, beliau meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)


Tidak mencaci makanan
Tidak mencaci makanan

Bagaimana dengan kita selama ini?

#peringatanbuat diri sendiri.






Perhatian kepada kawan-kawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perhatian kepada kawan-kawan


Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.  (HR Tirmidzi)



Penglibatan kita dengan kawan-kawan kita turut mencerminkan peribadi dan siapa kita.  Semoga kita menjadi kawan yang baik buat kawan-kawan kita.


21 Ogos 2015

Hidup ini perlu dilalui seadanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini perlu dilalui seadanya


Hidup ini perlu dilakui seadanya - redha dengan apa yang dilalui, sabar menanti keputusan dan tawakkal pada apa-apa juga yang diusahakan.  Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Hidup ini
Hidup ini


Semoga kita sentiasa bersabar dalam menempu setiap ujian dan cubaan hidup.


Amora | Perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tanpa modal dan kepakaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tanpa modal dan kepakaran


Perniagaan bukanlan sesuatu yang asing buat kita semua.  Sejak kecil kita telah didedahkan dengan urusan berjual beli tetapi dengan cara dan kaedah yang berbeza.  Lazimnya kita diajar untuk membeli dan jarang sangat kita diajar cara untuk berniaga atau menjual.  Apatah lagi untuk terlibat dengan produk kecantikan atau kesihatan.

Laluan untuk kita menuju ke arah yang dipilih telah ada menunggu masa untuk kita meneruskan perjalanan atau berhenti separuh jalan.  Kita sentiasa ada pilihan tetapi jarang dapat membuat pilihan yang tepat dengan keperluan dan kehendak kita.  Apa juga pilihan yang kita ambil pastikan ia adalah yang terbaik untuk kehidupan kita dunia dan akhirat.

Amora

Amora


Memulakan perniagaan tanpa modal


Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?

Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Amora dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut: http://amora.my/?id=296

Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Amora?:

  1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
  2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
  3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
  4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
  5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 3% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
  6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!
Dengan rangkaian pilihan produk kecantikan dan kesihatan pastinya Amora menjadi igauan.  Antara produk kecantikan yang terdapat di Amora:

Magic Sparkling Water
Magic Sparkling Water. 
Coklat Pintar Ibnu Sina
Coklat Pintar Ibnu Sina
Set Bersalin Mak Bidan
Set Bersalin Mak Bidan

Apa yang lebih menarik lagi?


  1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
  2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 2% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Amora. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Amora.
  3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.
Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!  Daftar sekarang melalui link berikut: http://amora.my/?id=296

Terima kasih.


Giveaway Anak Merdeka 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Anak Merdeka 2015


Untung sungguh jadi anak-anak merdeka, lahir di bulan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta pastinya satu sejarah yang sungguh bermakna.  Justeru, bersempena hari ulang tahun keempat anak merdeka Maria dan Firdz, mereka anjurkan simple Giveaway yang sepenuhnya disponsor oleh Syarikat HMSD Ent pengeluar sticker dan mencetak baju.  Satu lagi bisnes rakan blogger.  Selamat maju jaya.

Mari kita lihat ada apa dengan giveaway ini...

Giveaway Anak Merdeka 2015

Klik Banner di atas untuk dapatkan syarat penyertaan dan turut serta dalam giveaway ini.

Hadiah yang ditawarkan:

  1. 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  2. 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  3. 1 custom sticker x 2 pemenang
  4. 1 puzzle x 1 pemenang
  5. 1 car stripe sticker x 2 pemenang
Semuanya 10 pemenang bertuah dicari!!!

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015.

Giveaway ini ringkas tetapi penuh makna.  Jom berikan sokongan anda kepada rakan blogger kita. Klik banner di atas.

Post Pilihan Sepanjang Minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Post Pilihan Sepanjang Minggu


Minggu ini tidak banyak post yang dapat dikeluarkan.  Banyak sebab dan punca mengapa tidak banyak posting yang dapat dibuat, antaranya kerana kekangan masa dan juga kekeringan idea.

Mengapa
Mengapa?


Dalam kekeringan idea nak menulis, tergerak pula hati hendak senaraikan Post yang menjadi pilihan sepanjang minggu ini.  Jadi YangBaik telah mengambil inisiatif untuk menyiarkan 10 Entri/Post yang menjadi pilihan ramai sepanjang minggu ini.  Ada antara post berkenaan bukanlah post yang dikeluarkan pada minggu ini atau bulan ini seperti post ini  Gulsan Nar Eksisi | Jus delima dari Turki. Post ini dikeluarkan pada tahun 2013 tetapi masih lagi menjadi pilihan.  Mungkin itulah yang dinamakan kuasa SEO... hahaha perasan jer.


233
79
78
55
55
46
37
36
34

33

Tengoklah senarai post pilihan minggu ini.  Minggu depan akan berubah lagi dan ada kemungkingkan terdapat entri dalam minggu ini yang kekal menjadi pilihan minggu depan pula. Manalah tahu.


20 Ogos 2015

Budi Yang Baik Dikenang Jua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Budi Yang Baik Dikenang Jua


Seperti biasa, hari ini kekurangan idea nak mengarang.  Tajuk dah ada tetapi malas pula nak mengulas panjang.  Jadi semasa bersiar-siar ke laman blog rakan blogger di tepi blog, terjumpa dengan blog yang menyiarkan entri supaya entri blog kita perlu ada kaitan dengan nama blog supaya dapat tempias SEO.  Tetapi YangBaik nak menulis mengenai SEO tak berapa pandai dan boleh dikatakan gagal kalau berbicara mengenai SEO.  Sedikit sangat pengetahuan YangBaik mengenai SEO.  

Fikir
Fikir.  Gambar hiasan

Budi Yang Baik Rakan Blogger


Walaupun YangBaik memang suka dengan IT dan gajet serta apa saja yang berkaitan dengan IT tetapi YangBaik bila baca sesuatu entri ... tak suka panjang lebar.  Sebab tu lah bila mengarang kat blog pun ayat tersekat-sekat, kadang-kadang tergantung.  Pernah beberapa kali ditegur oleh rakan blogger supaya memanjangkan ayat dalam karangan.  

Bukan tidak menghargai setiap teguran yang diberikan.  YangBaik tetap berusaha untuk menulis banyak tetapi bimbang juga bila menulis tanpa ilmu kelak binasa diri sendiri.

Sedikit demi sedikit YangBaik berusaha membalas budi baik rakan blogger yang tidak pernah jemu memberi pandangan dan teguran.   

Anak semilang di tapak tangan
Anak itik di atas para
Pesananmu tuan dalam ingatan
Budi yang baik dikenang jua


Carian