Bermula dengan jemputan ini. Seperti selalu, nama itu sememangnya dikabuskan untuk menutup identiti penerimanya.
Seterusnya, ini adalah isi kandungan sampul urusan di atas tadi.
Sejurus menerima jemputan, bukanlah pada hari kejadian, tetapi sehari sebelumnya. Majlis Berbuka Puasa itu sebenarnya telah diketahui sebelum puasa lagi. Ini adalah pada tarikh yang sama sebelum ini adalah termasuk dalam perancangan untuk mengadakan mesyuarat jabatan, so mesyuarat itu ditunda ke tarikh lain. Perlu cerita ke dalam entry ni? Ehhh perlu lah kan ada kaitan tu... semuanya berkaitan dengan perancangan tugas dan persediaan untuk dokumentasi.
Serius! Ini adalah jemputan majlis berkenaan. Pasti tertanya-tanya kan? Ehhhh mana gambar makanan ke apa-apa ker.... itulah kelemahan aye dalam menyampaikan maklumat, memang out dan tak pandai langsung nak bercerita ... tetapi seperti biasa jawapannya... no interframe of the writer ok? Aye belum bersedia untuk menempekkan muka aye di sini. Maluuuu... Ngeh3.
Bermula cerita ketika Majlis Berbuka Puasa tu begini.... Sebelum jam 6.00 petang para jemputan dikehendaki berada di dalam Dewan Seri Iskandar, UiTM (Perak). Biasalah protokol kan... Dah sampai awal, kenalah dapatkan tempat untuk kawan-kawan di HEA pula. Siapa? Tu ha... Kak Long Naziah dan Kak Ngah Safiah... hehehe gelaran ini aye yang bagi tau... sebab mereka lebih berpengalaman dari aye. Ala... sorry lah tak sempat juga nak capture gambar mereka berdua... eh ada... nanti nak minta ngan Pak Hamid... gambar tu dalam DSLR dia. Okey, Kak Long dan Kak Ngah dah sampai, kami duduk semeja dengan Kak Shima, Aida, Azizah, Hadijah. Cuba teka berapa orang semua? Kira lah.... tak der hadiah tau saja suka-suka. 7 orang kan? Satu meja sepatutnya untuk 8 orang, so yang 0 lagi tu kami reserve untuk Tn Haji Zaki... konon-konon la... Tn Haji tak dapat semeja dengan kami, mana boleh beliau Urusetia dah ada meja khas... ala seloroh jer.
HEiiii mana cerita bab makannya?
Cerita makan yer? Macam nie lah... oleh kerana xsaited sangat-sangat nak buka puasa dengan Pemangku Raja langsung terlupa pulak nak capture gambar makanan. Aye bagi gambaran ajer boleh? Sebelum tu, sejurus ketibaan Tuanku kami dihidangkan dengan bacaan alQuran oleh Qari Tilawah peringkat IPTA, pelajar UiTM (Perak)... tak ingat nama. Seterusnya ucapan aluan oleh TNC Akademik (wakil Dato' VC) dan diikuti dengan tazkirah dan tahlil ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Hamdi Rahman.
Kami berbuka puasa bersama Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan dengan kurma, kueh dan 'air merah'... hmmm tak ingat lah namanya rasa macam sirap tapi ada soda kot...ker air tembikai... heeee. Seterusnya terus bergegas ke Pusat Islam untuk mendirikan Solat Maghrib berjemaah bersama D.Y.M.M Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan. Selepas solat maghrib baru disambung pula dengan makan malam. Kami dihidangkan dengan nasi putih bersama lauk ayam goreng berempah, daging masak hitam (kicap), sambal tumis sotong, udang bersayur campur, acar buah, gulai lemak nenas dan hirisan buah tembikai (merah)... bab buah ni jadi isu pulak... bukan apa kita biasa dah makan tembikai kan, apa lah salahnya sekali-sekala tukar menu kepada yang lebih menarik lagi...merungut yeaaaa....? idak eh... cukup lah tu... dapat menatap wajah Tuanku dari dekat dengan mata kasar ni sendiri pun dah puas hati sangat...
Selepas makan makan kami menuju semula ke Pusat Islam untuk menunaikan Solat Isya' dan Solat Tarawih... Pertama kami semuanya (bagi aye lah, korang aye tak tau...) Solat dan Berbuka Puasa bersama D.Y.M.M Tuanku.
Selepas selesai solat kami bermoreh pula (minum malam - ringan katanya). Selesai minum malam kami bersurai... Bab bersurai memang suka sangat... hajat hati, ingatkan ada sesi bergambar dengan D.Y.M.M Tuanku. Tiada... beruntunglah mereka yang berkesempatan bergambar bersama Tuanku.
Aye hanya sempat capture gambar ni jer.... dari kejauhan dan keramaian orang ramai ...layan lah eh...
ketika baginda berangkat pulang. Kami amat menjunjung tinggi kesudian tuanku mencemar duli untuk berbuka puasa bersama kami warga UiTM (Perak). Daulat Tuanku.
gambar yang paling terdekat 'dihati' rakyat
mereka sempat bergambar ... tunggu juga kalau-kalau ada peluang dan kesempatan
sayangnya aye tak pandai ambil peluang... kecewa!! Tetapi itu bukanlah penghujung cerita, kerana peluang itu bukan sekali datang kalaupun sekali tak perlulah kesal sangat sampai capture gambar bumbung pula
Selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.