Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Banyak perkara dalam dunia ini kita sering terlepas pandang, tak kiralah sama ada ketika kita muda remaja, semasa kita sihat wal-afiat, semasa kita kaya dan senang lenang dan ketika kita banyak masa rehat.
Kita selalu dengan orang2 muda yang hidupnya nekad dan berani mati akan kata "muda hanya sekali". Tetapi penggunaan ayat itu disalahgunakan dengan merempit dan buat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti lepak kat bus stop atau pun kat shopping complex. Sedangkan masa muda itu boleh kita gunakan untuk berbuat bakti kepada agama dan negara serta bangsa dengan membuat kerja-kerja kebajikan seperti khidmat masyarakat, belajar ilmu dunia dan akhirat serta banyak lagi.
Dan bila tiba masanya kita akan tersedar baha kita sudah mensia-siakan masa ketika kita muda dulu. Alangkah ruginya kita. Kerana ini gunakanlah masa muda hanya sekali itu dengan sebaik-baiknya.
Ini adalah ingatan untuk diri sendiri. Semasa umur masih muda dan sudah hampir ke pertengahan usia, masih belum terlewat untuk berusaha lebih luar biasa.
Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.