Pengikut Setia

30 Disember 2009

Ada Apa Dengan Pemberian; untuk terus hidup atau untuk kehidupan?


"sikap MEMBERI...
Biasanya kita akan memberi kepada seseorang apabila ada sesuatu acara tertentu"


Salam, ayat di atas adalah sebagai intro untuk apa yang nak diceritakan pada entri kali ini. 

Dalam ketandusan idea... AYE dapat email lagi dari seorang rakan dan nak kongsikan isi cerita tu dengan semua orang... lebih kurang macam MEMBERI jugak.
~~~~~~~~~
Bermula cerita....
Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati.
Ingatlah bahawa ada amalan kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal & mengalir walaupun selepas kematian kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no.4310)

Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.

Pertama, amal jariah.
Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital & lain-lain jika kita tidak memiliki sikap MEMBERI kepada orang lain?
 Orang yang bakhil tidak akan melakukannya.
Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!

Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain.
Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain.
Mengajar itu ertinya MEMBERI ilmu.
Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencar, memahami & menyampaikan ilmu.
Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

Ketiga, doa daripada anak yang soleh.
Ianya terhasil oleh sikap MEMBERI ibu atau bapa.
Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi & kerohanian anak-anak.
Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak.
Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh.
Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh.
Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang.
Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain.
Malah, jika anak meragam, memberontak malah serhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan.
Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yang tidak terhingga.
Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan.
Ibu menjaga anak siang & malam-menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian-satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu.
Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.

Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat MEMBERI?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap MEMBERI.
Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di bumi.
Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik.
Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan.
Hanya orang yang baik dapat memberi kebaikan, Dan kita tidak akan menjadi orang baik selagi tidak memberi kebaikan.
Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk MEMBERI?
Ya memberi kebaikan!

Sumber : Majalah Solusi
~~~~~~~~~~
CATATAN AYE:  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

24 Disember 2009

Ada Apa Dengan TAQARRUB?


Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Berikut aye ingin kongsi pengertian satu perkataan yang diterima melalui email dari seorang rakan.  Perkataan ini memang dah biasa dengar tapi tak berapa kisah sangat, cuma bila dah dapat artikel ini... baru terbuka hati aye untuk mengamati pengertian dan maksud 'TAQARRUB' iaitu berkaitan dengan amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kita dengan Ilahi.

Antara isi kandungan artikel berkenaan adalah seperti berikut:

1. SOLAT

Dirikanlah solat tepat pada waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepadaNya. Dengan solat, berdoa dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat denganNya.

2. SOLAT TAHAJJUD
Dengan solat tahajud, dengan izin Allah, ia akan cenderung mendapatkan ketenangan. Pada tengah kesunyian malam akan dirasakan suasana hening dan tenang, yang semua itu hanya dapat terjadi atas izinNya. Pada malam hari, manusia tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu’ ketika menghadap kepadaNya.

3. MENGINGAT KEMATIAN
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput kita.

4. MEMBAYANGKAN TIDUR DI DALAM KUBUR
Membayangkan tidur dalam kubur yang sempit, gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. MEMBAYANGKAN KEDAHSYATAN SIKSA NERAKA
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi laranganNya dan tidak mengikuti perintahNya.

6. MEMBAYANGKAN SYURGA
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.

7. BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Bahawa tingkat keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Oleh itu hendaklah kita mendampingi orang-orang alim dan soleh supaya kita sentiasa terdorong berbuat kebaikan.

8. MEMBACA AL QUR'AN DAN MAKNANYA
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat denganNya.

9. MENAMBAH PENGETAHUAN KEISLAMAN
Pelbagai cara menambah ilmu antara lain dengan membaca buku, berdiskusi, mendengar kuliah yang bermanfaat, melayari internet tentang pengetahuan Islam, melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita dan sebagainya.

10. MERASAKAN KEBESARAN ALLAH SWT
Merasakan kekerdilan diri dan kehebatan Allah atas semua ciptaanNya seperti alam semesta yang tidak diketahui luasnya beserta semua isinya.

11. MERENUNG SEMUA KEJADIAN ALAM YANG TERJADI
Semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat dan mengikuti perintahNya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang olehNya.

12. MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan olehNya. Saat ini kita masih boleh bernafas, masih boleh makan, minum, berkeluarga, mempunyai apa yang kita miliki saat ini, masih mempunyai pancaindera dan masih bernafas, diberi kesempatan hidup. Masih patutkah kita tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepadaNya.
 
~~~~~~~
Catatan: 
Artikel lain yang berkaitan dengan taqarrub boleh didapati di sini (Mutiara Hati)
 
'HIDUP BERANI UNTUK GAGAL'

23 Disember 2009

Monolog: Untuk Apa Aku Di Sini? Ada Orang Kata 'Mengabihkan Boreh Jo'



Untuk apa aku di sini?
Tadi aku ada idea (boleh pikir)
Tapi tak tau nak cakap apa
Bila dah lama-lama terbiar idea tu... macam lenyap plak
Apa taknya, asyik dengar orang jer yang cakap
langsung hilang idea

Nak cakap apa... apa yang aku pikir tadi

Apa perlunya aku di sini
Andai hadirku hanya untuk mendengar
"Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan" (vice versa)
aku di sini hanya menunggu
Menunggu giliran ... untuk apa?
Orang bercakap aku dengar
Orang faham... aku... faham ke?
Ntah macam tak paham tapi buat-buat paham...

Apa mereka bincang
Aku rasa ... maca pernah dengar
Tapi kenapa aku rasa terasing
Kerana.... ahhh aku tak penting
Atau ... kerna aku tak ambil pusing

Aku di sini masih menanti
Menanti giliran untuk apa?
Untuk menamatkan cerita
Cerita orang yang tak habis-habis

Sekali lagi...
AKU TERSASAR...

NOTA:  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, lakukan yang terbaik semoga bahagia hidupmu... jangan ganggu hidupku lagi...

Carian