Pengikut Setia

15 Jun 2024

Laksa Mee Pangkor Dari Bandar U

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jumaat kelmarin, kafe ofis ni tak pastu buka ke tidak.  Rasanya tak buka kot.  Jadi kirim makan tengahari dengan bos.  Tak tau apa nak makan sebenarnya bila dah tak nampak dengan mata sendiri.  Jadi disebabkan dah ada tawaran orang nak belikan jadi kita kirim yang mana mudah.


Laksa Mee Pangkor.  
  
Jadilah buat alas perut makan tengahari.  Kalau ikutkan memang tak cukup sebungkus ni.  




Ya, dah lama juga tak makan laksa mee.  Ada banyak je jual di gerai panjang berhampiran jalan besar tu.  Laksa mee ni sedap kalau makan ramai2 sambil berebut sambal udang. 


Terima kasih.  Syukur untuk rezeki hari ini. 

14 Jun 2024

Rezeki hari Jumaat dapat ole-ole dari Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rezeki dari kawan-kawan.  Alhamdulillah, dah lah kita dok craving manis-manis, dapat pula pemberian dari kawan yang baru balik dari Pulau Pangkor.  Beberapa hari lepas ada program di Pulau Pangkor, asalnya Sis termasuk juga akan ke sana tetapi atas desakan tugas maka hasrat berkenaan terpaksa dibatalkan.  Mungkin ada rezeki lagi pada masa lain.


Rezeki hari Jumaat dapat ole-ole dari Pulau Pangkor
Rezeki hari Jumaat dapat ole-ole dari Pulau Pangkor

Selain dari gula-gula di atas, ada lagi pemberian lain pada hari Jumaat ini, tetapi tak sempat nak gambarkan di sini.

Terima kasih atas pemberian ini.  



Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posting ini adalah perkongsian semula dari rakan Aman Palastine. Dikongsikan di sini untuk ingatan dan pengetahuan juga untuk pelbagaikan maklumat di serata platform yang ada selain dari wasap grup.


Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga


Di dalam hadith Sahih Muslim, Rasulullah saw ketika mengorbankan seekor kibas, Baginda membaca: “Bismillah(dengan nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad!” Lalu beliau pun langsung menyembelihnya.” Sahih Muslim


Dalam mazhab Syafie, Harus berkongsi duit untuk membeli satu bahagian korban.


Namun begitu, KORBAN tetap perlu dimiliki oleh SATU PENAMA SAHAJA.



Berkenaan status pahala pula, penama bagi haiwan korban tersebut DIGANJARKAN PAHALA KORBAN adapun bagi pihak yang berkongsi duit diganjarkan pahala sedekah kerana menghadiahkan sejumlah duit untuk memudahkan urusan beli haiwan korban tersebut.


PENTING UNTUK GAZA TERUS MENERIMA BANTUAN MAKANAN SEGERA.
JADI AYUH KITA BANYAKKAN HANTAR DAGING KE GAZA


Perang di Gaza adalah perang terburuk dalam sejarah hidup kita.

Allah SWT sedang menguji kita semua, dimana umat Islam diwaktu saudaranya ditimpa kesusahan! di mana kita dalam bahagian perjuangan ini.

🌟 Ayuh sertai SEDEKAH DAGING untuk saudara kita di Gaza

🥩 1 keluarga 1 KORBAN 1 BAHAGIAN KERBAU di GAZA

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

✅ Kami mengajak tuan/puan untuk sama-sama mengajak ahli keluarga untuk turut sertai dalam apa jua jumlahnya bagi menghantar Sedekah Daging ke Gaza.
Jumlah Sedekah Daging boleh dibuka mengikut kesesuaian tuan/puan sendiri RM250/RM100/RM50/RM10/RM1.

🌟 Mesti seronok bila ibu, ayah, abang , kakak, nenek, Mak long dan Pak Su serah wang untuk berkongsi ibadah korban.
Lagi terharu duit yang terkumpul dapat buat Korban 1 BAHAGIAN KERBAU PALESTIN

Sedekah Daging ini ⛔️ TERHAD HANYA 1 EKOR KERBAU 🐃 sahaja untuk 7 buah keluarga!
InsyaAllah kalau ramai penyertaan kami akan BUKAN SLOT KERBAU KEDUA

✅ Pembayaran SEDEKAH DAGING SEKELUARGA boleh dibuat melalui akaun KELAB PERWIRA MALAYSIA di :-

🔹 Bank Rakyat : 1102185403
🔹 Bank CIMB : 8604540809

✅ Hantar resit transaksi dan maklumat Tuan/Puan ke whatsapp:
wasap.my/60108460076/NakSertaiSedekahDaging1000

✅ Sertakan maklumat berikut:
Nama Keluarga :
No. Tel :
Emel:
Tujuan Sumbangan : KORBAN 1 BAHAGIAN KERBAU PALESTIN

✅ Atau lebih pantas di sini 👇🏼:

https://bit.ly/TabungKorban10Zulhijjah
https://bit.ly/TabungKorban10Zulhijjah


"Kita Perwira Palestin."


Semoga bermanfaat.


Carian