Pengikut Setia

13 Jun 2024

Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, akan adanya majlis korban dan petugas korban.  Petugas ini ada yang diupah dan ada juga bekerja secara sukarela.



عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih


Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban





Pengajaran:

1.🪵Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban.

2. 🪵Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

3.🪵Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka. 

4. 🪵Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

5. 🪵Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir.

6. 🪵Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

7. 🪵Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri. 

8. 🪵Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

9. 🪵Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. 

10. 🪵Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29). 





Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.


Sumber:  PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


Terima kasih.  

𝐅𝐁 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 | Kesedaran Mengenai Kanser Pangkal Rahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Perkongsian maklumat untuk makluman bersama.  Program 'FB Live' anjuran Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.





Tajuk : Kesedaran Mengenai Kanser Pangkal Rahim.
Tarikh : 13 Jun 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Penceramah : Dr Yap Kian Kiong,
HPV Vaccination Project Lead,
National Cancer Society Malaysia

Link Facebook Live: https://facebook.com/pkuitmsa/


Semoga bermanfaat.

7 amalan simple tapi berpahala tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalau belum ada idea nak buat amal soleh, saya kongsikan 7 amalan simple tapi berpahala tinggi. Cuba amalkan. 



Kalau tak mampu buat 3, dapat 1 pun ok sangat dah. Ini senarainya :

  1. Pulun MENGAJI. Cuba baca 1 juz sehari. Nak lebih baik, baca 3 juz sehari. Cukup 10 hari, dapat khatam 1 Quran. Berjuta pahalanya tu.
  2. Pulun PUASA. Cuba puasa selang sehari, ikut gaya Nabi Daud. Jangan lupa 9 zulhijjah ‘wajib’ puasa sebab ia menghapuskan dosa kita 2 TAHUN.
  3. Pulun ISTIGHFAR, sekurangnya 1,000 kali sehari. Ulama kata, istighfar ni kunci pembuka ‘for everything’ : rahmat, rezeki, berkat dll.
  4. Pulun SOLAT SUNAT. Yang terbaik cuba tahajjud sepanjang 10 hari. Tapi kalau tak mampu, cuba istiqomahkan solat dhuha ke, solat taubat ke dll.
  5. Pulun SELAWAT. Cuba target 100x sehari. Baca ‘sollallahu ala muhammad, sollallahu alaihi wasallam’ pun ok dah kalau tak mampu baca selawat versi panjang.
  6. Pulun BERZIKIR. Bacalah zikir yg anda biasa lazimi spt ‘subhanallahi wabihamdihi subhanallahil azim’. Cuma, gandakan jumlahnya. Kalau hari biasa buat 100x, kali ni cuba 300x.
  7. Pulun BERSEDEKAH. Siapa mampu sedekah banyak, silakan. Tapi bagi yang bajetnya terhad, cukup RM 30 sehari pun ok. Tapi kita infaq setiap hari sepanjang 10 hari ni.

Inilah antara amalan mudah tapi berkah. InsyaAllah jika kita istiqomahkan, ada ’NUR’, cahaya yang Tuhan masukkan dalam hati. Cahaya berupa, rasa nikmat berbuat taat. Mahal sungguh nikmat ni. Siapa dapat, beruntung dunia akhirat.

Ust Asraff Ayob



Carian